29 March 2016

7 GAMBAR - UCAPAN JEJAI BUAT BEKAS ISTERI SEMPENA HARI LAHIRNYA



Untuk pengetahuan semua, pada hari semalam iaitu 28 Mac merupakan ulangtahun kelahiran Fasha Sandha yang ke-32. Fasha telah menyambut hari lahir itu bersama dua anaknya iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma serta teman rapatnya.

Apa yang menariknya, Fasha telah memuatnaik gambar repost daripada Instagram bekas suaminya, Jejai. Menerusi repost itu, Jejai telah memberi ucapan hari lahir buat bekas isterinya itu. Walaupun simple sahaja ucapannya, tapi cukup bermakna.





"Happy birthday Ibu, many happy returns. From Daddy, Rayfal and Jemyma," ucapan Jejai buat bekas isterinya.

"I am officially 32 years old today! Alhamdulillah to the Mercy of Allah SWT for this life. Syukur. Terima kasih diatas segala kiriman ucapan dan doa yang baik2 daripada semua," ujar Fasha pula di laman IGnya.

Nampaknya, Fasha dan Jejai masing-masing masih mengekalkan hubungan baik walaupun mereka sudah berpisah Januari lalu.



Walaupun punca perceraian mereka berdua belum diketahui, tetapi ramai yang dapat rasakan bahawa Jejai masih mempunyai rasa sayang terhadap Fasha.

Selamat hari lahir kami ucapkan buat Fasha, semoga dipanjangkan umur dan diperluaskan pintu rezeki.













         ________________________





No comments: