Gambar nostalgia dan kenangan Noraniza Idris bersama Allahyarham Abdullah Chik ketika hari terakhir mereka untuk membuat persembahan di Negeri Kelantan.
Tambah Noraniza: "di Hotel Perdana malam yang sama. Setelah check in bagasi, kami berbual. Suara nya agak ke dalam . Ssys tegur kenapa suara Abang Dollah tu. Katanya letih shooting drama back to back. Ssys nasihat kan dia berehat dan makan ubat. Katanya dia sihat tspi bawa stock keperluan sakit kepala@demam.
"Selepas latihan, kami berbual lagi. Dia nampak letih dan minta izin rehat. Berpisah sementara siap dibilik masing2 untuk persembahan malam. Siap je kami ke ballroom. Seat meja bulat disedia. Ketibaan Sultan dan Sultanah Kelantan. Abang Dollah agak pendiam dari biasa. Hisap rokok berkepul2 di belakang pentas . Saya perhati saja.
"Mula dipanggil menyanyi 4 lagu. Dia pesan Saya nyanyi satu lagu dulu panggil dia untuk solo pula kemudian baru dia panggil saya duet. Selepas dia nyanyi solo terus dia turun pentas buat saya terpinga2 sendiri. Saya ikut turun ekori dia ke belakang pentas.
"Hisap rokok berkepul2 lagi hingga Saya tegur. Dia tak marah. Cakap dengan Saya sangat baik dan perlahan. Sempat ajar Saya cara nak keluar mesti sembah walaupun sultan tak nampak. Saya akur dan kami terus ke tempat duduk di meja bulat. Dia pesan air masak segelas. Saya duduk sambil dia berdiri sebelah. Tiba2 ter dengar bunyi jatuh. Rupanya dia . Panik saat ni. Semua membantu. Panggil ambulance.
"Inilah saat akhir Saya mengadap beliau. Jika sebelum tu Saya tak pernah serius dengan kerjaya Saya tapi tidak selepas ketiadaannya. Saya kutip dan fahami satu2 maksud nasihat nya. Pesan terakhir kepada saya, teruskan perjuangan nyanyikan lagu Tradisional bila dia dah takda anak2 bangsa tau dengan adanya lagu2 di radio.
"Pegang amanat ni baik2 Ani.. Katanya ketika dalam Penerbangan ke kota BAHRU Pagi yang sama sebelum dia menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya. Semenjak ketiadaannya baru saya terasa saya telah kehilangan permata yang paling berharga . Lagu2 album ini telah disusun oleh arwah tidak sempat dirakam. Saya teruskan untuk rakaman dibuat khas sebagai tribute untuknya. AlFatihah buat Allahyarham Abdullah Chik."
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment