15 February 2016

KERETA SHAH RUKH KHAN DISERANG DALAM RUSUHAN



Gara-gara marah disebabkan isu 'toleransi agama', kereta Shah Rukh Khan telah diserang ketika bintang Bollywood itu sedang menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Raees dekat bandar Ahmedabad, India.

Menurut laporan Agensi Reuters, tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan komen Khan mengenai tiadanya sikap toleransi di India. Insiden berlaku awal Sabtu ketika kenderaan aktor itu diletakkan di dalam kawasan hotel.





Kru filem Raees turut berdepan protes sama di kawasan Bhuj di Gujarat beberapa minggu lalu ketika penggambaran filem sama.

Khan terjerumus dalam kontroversi November lalu berikutan komen beliau dalam satu temu bual yang menyebut: "Tiada toleransi agama dan tidak menjadi sekular...adalah jenayah paling teruk yang boleh anda lakukan sebagai seorang patriot".

Filem Dilwale yang kini masih ditayangkan kurang mendapat sambutan di beberapa bahagian di negara itu berikutan protes yang dilancarkan kumpulan berhaluan kanan. - Agensi





         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...