15 February 2016

86 GAMBAR - KEMERIAHAN MAJLIS RESEPSI SAM & SYATILLA DI KL



Majlis resepsi sebelah pihak Shaheizy Sam telah diadakan malam semalam di Ballroom Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Majlis yang berlangsung dengan meriah itu telah dihadiri lebih 1,000 tetamu.

Bersesuaian dengan tema ala-Inggeris, ketibaan pengantin lelaki telah diiringi alunan 'bagpipes' oleh sekumpulan lelaki berpakaian tradisi Scotland.





Dalam majlis itu, Sam kelihatan segak mengenakan sut rekaan LordsTailor, manakala Syatilla Melvin pula tampil anggun dengan busana oleh Altelia Amani.

Sebaik saja mempelai bersanding di pelamin, hadirin dihiburkan dengan lagu Bukan Cinta Biasa oleh penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.



Antara rakan artis yang hadir, Ayda Jebat, Tiz Zaqyah, Riezman Khuzaimi, Cat Farish, Fizo Omar, Arja Lee, Rebecca Nur Islam, AG Hot FM, Nora Danish, Zed Zaidi dan Zizan Razak.

Untuk makluman semua, Sam dan Syatilla akan mengadakan sebuah lagi majlis resepsi khusus untuk peminat mereka di Interior Design City Centre (IDCC), Shah Alam pada 20 Februari depan.


Klik gambar untuk size besar










































































































































































Sumber : BH




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...