15 February 2016

BUAT AMAL TURAP JALAN - LANDO ZAWAWI TAK KISAH KENA EJEK



Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya pelakon Lando Zawawi atau nama sebenarnya, Azlan Sani Zawawi. Mungkinkah dia kini sudah bersara atau sudah tiada lagi tawaran berlakon disebabkan saingan sengit industri seni?

Jika itu sangkaan kita, sebenarnya kita salah kerana Lando kini adalah seorang aktivis jalan raya kerana sering melakukan kerja-kerja amal menurap jalan berlubang.





Malah modal menurap jalan juga adalah menggunakan duit poketnya sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak. Apa yang menarik, kerja menurap jalan itu telah dilakukannya sejak tahun 2008 bersama isterinya tanpa perasan malu meskipun adakalanya mereka diejek dan dipersendakan.

Kegiatan tersebut kemudiannya mula disedari oleh orang ramai yang kini mengikut jejak langkah Lando dengan mewujudkan satu kumpulan yang bernama 'IKATAN SIRATURRAHIM BROTHERHOOD'.



Mereka bertindak demikian bagi menyelamatkan nyawa pengguna jalanraya berikutan banyak jalan yang berlubang di sekitar Kuala Lumpur.

Ini kerana, selepas beberapa kali mengadu kepada PBT yang sepatutnya menurap jalan-jalan terbabit, namun mereka tidak mendapat maklum balas yang berkesan... oleh itu mereka mengambil keputusan untuk menurap sendiri jalan berkenaan.












Sumber & foto: CARI Infonet.



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...