15 February 2016

TIADA ANAK - ZIZAN NIN SAH BERGELAR 'DUDA' SEBULAN LALU



Akhirnya kemelut rumahtangga Zizan Nin dan Fazilah Hani Harun, seorang pembaca berita di ntv7 berakhir dengan penceraian sebulan lalu. Alasan penceraian tersebut ialah mereka berdua sudah tiada sefahaman lagi.

"Saya belum bersedia untuk komen lebih lanjut. Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan berilah ruang untuk saya berdepan dengan semua ini," ujar Zizan.





Untuk info, sebelum ini pernah timbul gosip mengatakan rumah tangganya mereka bergolak kencang tetapi Zizan tidak pernah mengesahkannya.

"Saya anggap ia satu perkara yang sudah berlalu dan redha dengan ketentuan takdir.


Sumber: HM

"Saya bukan lari daripada media, cuma dalam kes ini saya tidak boleh komen lebih-lebih. Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita. Perkara sudah jadi. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT. Siapalah kita ingin melawan takdir," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2010. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai cahaya mata sepanjang perkahwinan itu.



         ________________________





No comments: