28 December 2016

LAGENDA 'STAR WARS' MENINGGAL DUNIA



Belum reda kesedihan peminat meratapi kematian penghibur antarabangsa, George Michael yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun di kediamannya di England, semalam... hari ini, aktres Hollywood Carrie Fisher, yang melakonkan watak Princess Leia dalam siri filem "Star Wars" pula dilaporkan meninggal dunia.

"Billie Lourd dengan sedih mengesahkan bahawa ibunya tercinta Carrie Fisher meninggal dunia pada 8:55 pagi ini (waktu tempatan)," kata anak perempuannya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap keluarga, Simon Halls.





"Dia disayangi oleh seluruh dunia, dan dia akan dirindui," tambahnya.

Untuk info, Fisher meninggal pada usia 60 tahun. Beliau mengalami serangan jantung semasa dalam penerbangan dari London ke Los Angeles dan dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA Ronald Reagan.



Rakan bintang Star Wars Mark Hamill berkata dalam tweetnya: "Tiada kata #Devastated."

Sumber: Reuters




         ________________________





No comments: