28 December 2016

SELAMAT BERSALIN - YATT HAMZAH & SUAMI DIKURNIAKAN 'BABY GIRL'



Pada jam 9.14 pagi semalam di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju, Yatt Hamzah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan hasil perkongsian hidup dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin yang dinikahi Februari lalu.

"Jika diikutkan, sejak dua hari lalu Yatt sudah rasa seperti mahu bersalin. Hanya kira-kira jam 4 pagi tadi baru air ketuban pecah.

"Isteri saya dimasukkan hospital sejak semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri menyaksikan perjuangan isteri melahirkan bayi di bilik pembedahan.





"Ia momen yang cukup indah dan berharga. Perasaan bercampur baur. Saya gembira, teruja dan bersyukur pada masa sama," kata suami Yatt.

Bagaimanapun, pasangan ini masih belum memutuskan nama bagi cahaya mata perempuan mereka ini yang dilahirkan dengan berat 3.03kg.

Untuk pengetahuan, bayi comel ini merupakan anak pertama bagi Zulfadhli manakala anak kedua buat Yatt selepas dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Hanania Malika yang kini berusia enam tahun pada perkahwinan yang lalu.






--- IKLAN ---







Sumber: Berita Harian
Foto: Yatt Hamzah IG



         ________________________





No comments: