28 December 2016

TAHNIAH - AYU RAUDHAH & SUAMI BAKAL TIMANG ANAK KETIGA



Pelakon Ayu Raudhah yang juga adik kepada Rozita Che Wan itu menerusi laman Instagram telah berkongsikan berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak ketiga dengan memuatnaik gambar beliau menunjukan baby bump.

Menerusi posting itu juga ramai yang mula membanjiri ruangan Ayu Raudhah dengan ucapan tahniah serta gembira mendengar berita kehamilan beliau. Tidak lupa juga ada peminat yang teruja menantikan anak ketiga pasangan ini selepas Ayu hamil buat kali terakhir pada dua tahun lalu.





Apapun semoga Ayu diberikan kesihatan yang baik selama dalam proses kehamilan dan diharapkan juga kehamilan kali ketiga ini dapat menambahkan lagi kebahagiaan serta keceriaan rumah tangga beliau. Bak kata orang lagi ramai anak lagi meriah rumah!

Untuk rekod, Ayu Raudhah dan suami sebelum mempuanyai dua anak lelaki bernama Aisy Qaiser, 3, dan Muhammad Aisy Aryann, 2.






--- IKLAN ---







Foto: Ayu Raudhah IG



         ________________________





No comments: