29 December 2016

NIKAH 6 JANUARI - AINAN TASNEEN BAKAL UNDUR DIRI



Pada 6 Januari depan, penyanyi Ainan Tasneem, 24, bakal mengakhiri zaman solonya dengan pilihan hatinya seorang jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi.

Ainan bakal bernikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, sementara majlis resepsinya pula juga diadakan di Shah Alam iaitu di sebuah hotel pada keesokan harinya.





Sebelum ini, Ainan pernah menyatakan hasratnya untuk berhenti menyanyi selepas berkahwin dan hasrat tersebut akan tetap dilaksanakan.

"Kontrak Ainan akan tamat pada bulan April 2017. Jadi Ainan juga telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya.




--- IKLAN ---




"Perlahan demi perlahan, Ainan akan mengundurkan diri dalam bidang nyanyian. Jika terlibat pun dalam bidang seni, mungkin sebagai pengacara sahaja," ujar pengurus Ainan.

Dalam pada itu, Ainan kini sedang sibuk dengan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang lebih kurang seminggu sahaja lagi.

Tahniah kami ucapkan dan semoga majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.


Sumber: Media Hiburan
Foto: Ainan Tasneen IG & The Photosymtom



         ________________________





No comments: