29 December 2016

PENYANYI LAGENDA S.M. SALIM TENAT, TIADA HARAPAN



Penyanyi legenda Tan Sri SM Salim, 88, yang sebelum ini dalam keadaan kritikal akibat sakit tua, dikatakan sudah tenat dan tidak mempunyai harapan lagi.

"Petang tadi, saya dimaklumkan keadaannya sudah tenat dan sudah tiada harapan," demikian kata Jamal Abdillah yang menziarahi lagenda itu di kediamannya di Hulu Kelang.





Terdahulu, anak sulung S.M. Salim, Siti Noraishah, 60, berkata bapanya berada dalam keadaan kritikal sejak Rabu dan diletakkan pada mesin pernafasan.

"Selepas diletakkan pada alat bantuan pernafasan tersebut, bapa saya boleh bernafas seperti biasa, tetapi sejak pukul 8 pagi, beliau sekali lagi menunjukkan tanda-tanda kritikal.

"Kini, ramai saudara-mara dan rakan-rakan telah datang untuk melawat beliau dan membaca Yassin," ujarnya dipetik sebagai berkata.



"Semua ahli keluarga kini menyerahkan nasibnya pada Allah SWT," tambahnya.

Untuk info, S.M Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros memulakan kerjayanya sebagai penyanyi lagu-lagu tradisional Melayu pada tahun 1957.

Beliau menjadi lumpuh kerana gangguan saraf dan telah berkerusi roda sejak 17 tahun yang lalu.

Marilah sama-sama kita sedekahkan doa buat lagenda ini agar Allah permudahkan apa yang sedang dilaluinya.


Sumber/photo: UM & Bernama



         ________________________





No comments: