29 December 2016

ISU RUMAH TANGGA & KEGUGURAN - ISTERI KEDUA ADI PUTRA TAMPIL BERSUARA



Semua mengetahui mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sehingga hari ini di laman sosial iaitu rumah tangga pelakon Adi Putra, 35, dengan Norshahida Zolkifly, 32, dikatakan sedang bergolak dan juga isteri kedua itu didakwa telah mengalami keguguran.

Enggan isu ini terus berpanjangan serta diperkatakan, Norshahida telah tampil bersuara dengan menafikan bahawa rumah tangganya bersama pelakon kelahiran Singapura itu sedang bergolak.





Norshahida mendakwa, mereka bahagia melayari kehidupan sebagai suami isteri sejak enam bulan lalu. Katanya, Adi adalah suami yang bertanggungjawab dan tahu menjaga hati kedua-dua isteri biarpun tegas.

"Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum.

"Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin. Mungkin langkah ini agak berat tetapi apabila terserempak dengan wartawan hari ini, saya tidak boleh melarikan diri. Saya harus mempertahankan rumah tangga saya yang diperkatakan ramai," jelasnya.


--- IKLAN ---




Dalam masa sama, Norshahida berkata, hubungan dengan madunya, Aida Yusof, 41, juga tidak bermasalah selepas suaminya mempertemukan mereka.

"Selepas beberapa bulan berkahwin, suami mengambil langkah mempertemukan kami. Alhamdulillah, hubungan kami baik. Kerap juga kami bertemu dan selalu berhubung untuk bertanya khabar. Saya menepis tanggapan sesetengah pihak hubungan kami keruh," katanya.

Tambah Norshahida lagi, beliau dan Aida faham tanggungjawab masing-masing.

"Apabila suami berada bersama Aida, saya tidak akan mengganggunya, begitu juga Aida. Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada sesetengah pihak seperti mahu melaga-lagakan kami. Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida," ujar dipetik sebagai berkata.



Mengenai dakwaan keguguran pula, Norshahida mengakui yang beliau mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah dua bulan, beberapa minggu lalu.

"Saya tidak tahu saya hamil. Saya seorang yang aktif berbasikal dan bersenam. Saya hanya sedar diri hamil apabila mula mabuk menaiki kenderaan. Namun, keadaan itu tidak lama apabila saya keguguran," tuturnya.


Sumber & foto: Berita Harian



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...