29 December 2016

AL-FATIHAH - PENYANYI LAGENDA S.M. SALIM KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat ahli keluarga penyanyi legenda Tan Sri S.M. Salim, 88, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 5.44 petang tadi di rumah anaknya di Ukay Perdana.

Anak sulungnya, Siti Noraishah, 60, mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan cucu.





S.M. Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros dilaporkan tenat sejak semalam hingga perlu diberi alat bantuan pernafasan.

Untuk info, S.M Salim memulakan kerjayanya sebagai penyanyi lagu-lagu tradisional Melayu pada tahun 1957. Beliau menjadi lumpuh kerana gangguan saraf dan telah berkerusi roda sejak 17 tahun yang lalu.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.




Sumber & foto: Berita Harian



         ________________________





No comments: