Jika artis kita ada yang membuka tudung, tetapi lain halnya pada adik michael jackson iaitu Janet Jackson yang kini hamil anak pertamanya. Dia buat pertama kalinya muncul di tempat awam di London dengan imej bertudung bersama suaminya Wissam Al Manna.
Janet kelihatan begitu santai dengan kepala ditutupi anak tudung dan hud daripada pakaian yang seakan-akan pakaian tradisi Mexico, poncho dan berseluar besar serta memakai stokin dan kasut.

Difahamkan, Pasangan itu juga dilihat memasuki butik pakaian bayi dan kemudian makan tengah hari di sebuah restoran.
Menurut laporan portal Mirror, Janet, 50, difahamkan telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan Wissam, 41, pada 2012.
Penyanyi itu pada awalnya enggan mengesahkan khabar angin pada April lalu tentang kehamilannya berikutan keputusan menangguhkan konsert jelajah.
Dia yang kini menjalani kehidupan yang lebih peribadi memberitahu peminatnya bahawa dia dan suami sedang merancang kehidupan berkeluarga.
Untuk info, kedua-duanya mempunyai minat yang sama iaitu suka melancong namun mereka menetap di Doha, Qatar.
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment