24 October 2016

LAWAK PERSENDAKAN ELLY MAZLEIN - NABIL TERIMA KRITIKAN



Ini bukan kali pertama Nabil Ahmad mencetuskan kemarahan orang ramai dengan lawaknya ketika mengacarakan program Gegar Vaganza (GV). Malah Nabil pun pernah berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berkata.

Tetapi menerusi GV3 minggu kedua yang berlangsung malam semalam, Nabil telah membuat lawak yang seakan mempersendakan penderitaan yang Elly sedang tanggung. Disebabkan lawaknya yang berbunyi "Macam ni punya cantik pun berpisah jua" telah mengundang perhatian orang ramai.





Pada malam tersebut, Elly telah menyampaikan lagu 'Berpisah Jua' nyanyian asal Ziana Zain. Tidak dinafikan, lagu berkenaan agak berkaitan dengan apa yang Elly sedang lalui sekarang.

Netizen yang menonton GV3 menganggap lawak Nabil itu agak biadap dan tidak sensitif terhadap Elly. Buat netizen, tidak semua perkara boleh dibawa bergurau apatah lagi jika ia melibatkan kehidupan peribadi seseorang.

Mungkin malam tadi Nabil tidak perasan dengan apa yang beliau katakan, harapnya selepas ini Nabil dapat memperbaiki kesalahannya itu dan tidak lagi membuat lawak yang melibatkan peribadi seseorang artis itu.










Foto: Sharp Shooter Photographer IG & theputehtv IG



         ________________________





No comments: