24 October 2016

NIKAH 25 DISEMBER - AHLI PERNIAGAAN BAKAL SUAMI DOTTIE



Tahniah diucapkan buat pelakon komedi, Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Abdul Razak yang akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini, selepas beberapa kali berdepan kegagalan dalam percintaan

Kata Dottie, dia mengambil masa setahun untuk mengenali hati budi bakal suaminya yang juga seorang ahli perniagaan menerusi laman sosial yang dikenali sebagai Haffis. Meskipun tempoh percintaan mereka agak singkat tetapi keputusan tersebut merupakan sesuatu cukup diyakini Dottie.





Ini kerana keserasian serta keprihatinan lelaki tersebut melayan ahli keluarganya membuatkan pelakon drama 'Si Montel' ini terbuka pintu hati menerima lamaran lelaki berkenaan untuk menuju fasa pernikahan.

"Semasa mula berkenalan tahun lepas, saya baru mengalami fasa putus cinta dan mahu cuba berkenalan dengan kawan baharu. Saya memulakan perbualan secara tidak sengaja di laman Facebook. Dia memberikan respons yang baik kemudian kami bertukar-tukar nombor telefon.



"Tidak lama kemudian, kami mengambil keputusan untuk berjumpa. Alhamdulillah, keserasian wujud tanpa dipaksa-paksa.

"Insya-Allah, kami akan bernikah pada 25 Disember nanti di Masjid Besi, Putrajaya manakala majlis resepsi pula pada 7 Januari tahun hadapan.

"Sekarang persiapan sudah hampir 60 peratus selesai, cuma lokasi persandingan masih belum dipastikan," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Sumber: Kosmo
Foto: Dottie IG


         ________________________





No comments: