23 October 2016

23 FOTO - BEKAS PROTEGE FAIZAL TAHIR & RAMLAH RAM SELAMAT NIKAH



Tahniah diucapkan buat bekas naib juara Mentor musim ke-6, Anas Ridzuan, 27, yang selamat bergelar suami kepada Ana Syuhada, 25, yang juga bekas peserta program realiti berkenaan dengan sekali lafaz tepat pada jam 10.17 pagi semalam.

Majlis yang berlangsung secara sederhana di Masjid Seksyen 7, Shah Alam itu menyaksikan bekas protege kepada Faizal Tahir dan Ramlah Ram itu masing-masing secocok mengenakan persalinan sedondon berwarna hijau.




Dalam majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat itu, Anas yang kini aktif berlakon drama dan teater telah menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 dengan mas kahwin berjumlah RM300 berserta enam dulang hantaran berbalas tujuh.

Sementara itu, majlis resepsi dua mempelai itu dijadualkan berlangsung di Dewan Melur Shah Alam pada 14 Januari hadapan, manakala majlis sebelah pengantin lelaki dijangka bakal diadakan di Ipoh, Perak.

Gambar-gambar sekitar majlis pernikahan pasangan ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu fedoravisual








GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar



































Sumber: Utusan
Foto: Anas Ridzuan IG & fedoravisual



         ________________________





No comments: