21 August 2013

INFO SEBERANG - JULIA AKHIRNYA BUANG NAMA 'PEREZ'


Akhirnya apa yang diidamkan oleh pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez diperolehinya baru-baru ini daripada Damian Perez, iaitu surat cerai. Surat tersebut pastinya akan memberi lesen kepada Julia untuk membuang nama Perez di belakang namanya.

"Nama saya akan tukar. Nanti saya akan beritahu pada rakan-rakan untuk majlis kesyukuran. Mudah-mudahan bermanfaat," katanya.




Bagaimanapun, Julia enggan mengulas nama apa pula yang akan diganti selepas nama Perez. Katanya, dia akan memilih waktu yang tepat untuk menjelaskan hal tersebut kepada orang ramai.

Untuk info, sebelum ini Julia pernah memberitahu ura-ura mengenai rancangannya untuk berkahwin dengan pemain bola sepak yang berasal dari Argentina, Gaston Castano. Apa yang pasti, jika hari bahagianya itu tiba nanti, Julia nampaknya bakal mempunyai nama baru iaitu Julia Castano. Heh... macam-macam hal!


No comments: