22 August 2013

KAMI HISTERIA - BAKAL GEGAR PAWAGAM


Rasanya, jarang kita dapat menonton sebuah filem yang memuatkan ramai heroin popular seperti Diana Danielle, Nur Fazura, Mila Jirin dan ramai lagi. Filem yang berjudul 'Kami Histeria' itu khabarnya digarap dengan teliti hingga mengambil masa panjang untuk disiapkan sebelum bakal ditayangkan pada 2013 ini.

Bayangkan... sebuah filem yang dibayangi hantu cantik seperti Fazura, pastinya ia bakal membawa kelainan yang menghiburkan. Tambah berlainan apabila penyanyi Mila Jirin yang memegang watak Ain diberi peranan sebagai gadis yang banyak cakap hingga membuat orang menyampah!

Klik untuk imej besar...


Dan itu semua belum lagi termasuk watak Diana Danielle yang pastinya dirindui oleh peminat. Maklumlah, Diana sudah lama tidak aktif dalam lakonan apabila selamat melahirkan bayi di Australia baru-baru ini.

Untuk info, filem Kami Histeria menceritakan kisah lima rakan sekolej yang menganggotai band mereka sendiri iaitu Histeria. Mereka baru saja berpindah untuk tinggal di sebuah flat yang terletak di tepi hutan bagi memudahkan mereka untuk jamming bersama.



Sejak tinggal di rumah flat itu, mereka sering diganggu oleh suara mengilai di tengah malam. Bagaimanapun, mereka teruskan usaha untuk merakam lagu terbaru band tersebut tanpa menghiraukan suara yang menyeramkan itu.

Namun setelah lagu tersebut dimuat naik ke dalam laman YouTube, secara tiba-tiba hidup mereka berubah untuk selama-lamanya. Apakah kesudahan filem ini? Jika ingin tahu, anda kena saksikan sendiri gabungan mantap pelakon wanita kita itu yang pastinya meletop terbitan Red Communications Sdn Bhd.




Belakang tabir...










Teaser Trailer


No comments: