Showing posts with label filem baru. Show all posts
Showing posts with label filem baru. Show all posts

05 August 2017

'WHEELY' - FILEM ANIMASI ARAHAN YUSRY KRU JADI REBUTAN


Anak syarikat KRU International Sdn Bhd, Kartun Studios Sdn Bhd mengumumkan kejayaan awal filem animasi terbaru mereka berjudul 'Wheely' yang mendapat tempahan pengedar-pengedar di serata dunia melalui pra-jualan di pasaran-pasaran filem antarabangsa di Cannes, Los Angeles dan Berlin.



16 February 2017

HARI INI BERMULA TAYANGAN SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2



Filem paling laris di Indonesia, 'Surga yang Tak Dirindukan' (#SYTD) yang berjaya meraih 2 juta tontonan di pawagam kembali menemui penonton dengan sekuel keduanya pada hari ini (16 Februari 2017) di Malaysia.

Filem yang diangkat dari novel popular, #SYTD2 hasil karya novalis Asma Nadia ini bukan sahaja memaparkan jalan cerita penuh perasaan, malah ia turut didukung dengan watak-watak yang dibintangi oleh pelakon blockbuster Indonesia seperti Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian serta pelakon Malaysia, Nora Danish dan ramai lagi.



27 January 2017

'SURGA YANG TAK DIRINDUKAN' KEMBALI GEGAR PAWAGAM



Meskipun di sini tidak ramai yang tahu mengenai filem Indonesia terhebat 2015 iaitu Surga Yang Tak Dirindukan (SYTD) lakonan Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella dan Reline Shah yang pernah meraih 2 juta penonton dan menjadi filem terlaris di negara jiran itu, namun kehangatannya kini bakal melanda negara ini.

Ini kerana, filem yang mengisahkan kontroversi mengenai poligami itu bakal kembali dengan kisah yang lebih menarik melalui Surga Yang Tak Dirindui 2. Ia bakal ditayangkan pada 9 Februari depan di Indonesia dan 16 Februari di Malaysia.



23 December 2015

22 GAMBAR - SEKITAR MALAM GALA TAYANGAN FILEM 'LANGIT CINTA'



Nampaknya sejak kebelakangan ini, filem-filem terbitan Astro Shaw boleh dikatakan amat berjaya dari segi kutipan box office hingga mampu menenggelamkan beberapa penerbit filem lain.

Contohnya, filem Polis Evo baru-baru ini telah berjaya mencatat sejarah apabila mengutip lebih RM17.30 juta, 'The Journey’ pula pernah meraih RM17.28 juta, manakala sebelum itu filem Ombak Rindu mengutip RM15 juta.

Bagi meneruskan kesimbungan kejayaan Astro Shaw itu, terkini Osman Ali kembali dengan sebuah lagi filem terbaharu berjudul 'Langit Cinta' yang membariskan pelakon hebat seperti Nur Fazura, Keith Foo, Siti Saleha, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Farid Kamil, Zaidi Omar, Dian P Ramlee dan Normah Damanhuri.



11 December 2015

FILEM BARU - 'OLABOLA' FILEM TERHEBAT PEMBUKA TIRAI 2016



Mengambil masa selama beberapa tahun untuk disiapkan, filem terkini terbitan Astro Shaw iaitu 'OlaBola' yang bertaraf Hollywood akan menemui penonton pada 28 Januari 2016.

Filem tersebut yang berlatar belakangkan tahun 80-an, membariskan pelakon hebat seperti bront palare, JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar,Marianne Tan, Frankie Lee dan ramai lagi.



22 July 2015

9 GAMBAR & VIDEO - TUN M DALAM FILEM 'KAPSUL'



Syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd mencipta sejarah apabila berjaya melamar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, 90, membintangi filem terbitan mereka berjudul Kapsul.

Filem arahan Allahyarham Martis Mohd Ali itu akan menemui penonton seluruh negara mulai 17 September depan.

Penerbitnya, Amru Najmi Osman berkata, penampilan Tun M dalam filem itu tidak ada kaitan dengan keadaan politik semasa.

Klik gambar untuk size besar


12 December 2014

MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA - KOLABORASI HEBAT FAZURA & SAM



Global Station, Astro Shaw dan Red Films buat julung kalinya bergabung dalam menerbitkan sebuah filem romantik komedi 'Manisnya Cinta Di Cappadocia' (MCDC) yang memulakan tayangan seluruh Malaysia semalam.

Semalam juga, Satu sesi tayangan khas dan sesi bertemu peminat serta pemenang telah diadakan di GSC One Utama, Petaling, Selangor.

Nur Fazura dilihat tidak menang tangan melayan karenah peminatnya yang mahu bergambar serta mendapatkan tandatangannya. Malah rata-rata yang menonton filem tersebut memuji kolaborasi hebat antara Fazura dan Sam.

Klik gambar untuk size besar


21 November 2014

FILEM BARU DI PAWAGAM - HUNGER GAMES: 'MOCKINGJAY'



Sambungan filem terkini Hunger Games iaitu 'Mockingjay' Part 1 kini kembali menemui penonton mulai semalam (20 November) di pawagam TGV seluruh negara.

Filem hebat ini yang mengisahkan Katniss Everdeen telah terselamat dari permainan maut Hunger Games sebanyak dua kali. Dia yang meloloskan diri dan menyertai kumpulan pemberontak akibat Daerah 13 sudah musnah menjalani sesi latihan dalam bandar bawah tanah.

Katniss akhirnya telah menjadi seorang pejuang, pemberontak dan juga Seorang 'Mockingjay'.



21 August 2014

'RIBBIT' - BILA SI KATAK DAH TERSALAH LOMPAT



'Ribbit' – sebuah cereka animasi 3D mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti telah memenangi anugerah 'Filem Keluarga Terbaik' semasa tayangan perdana dunia di Niagara Integrated Film Festival (NIFF) 2014 yang berlangsung di Canada pada 21hb Jun 2014.

Filem Ribbit diarahkan oleh Chuck Powers menggunakan suara-suara artis terkenal Hollywood seperti Sean Astin (Lord of the Rings), Tim Curry (The Hunt for Red October) dan pelawak antarabangsa Russell Peters (Fast Food Nation) di mana rakaman suara telah dilakukan di Los Angelas, California. Pra produksi serta pasca produksi telah dijalankan sepenuhnya di Cyberjaya, Malaysia sementara produksi animasi telah dijalankan di Cyberjaya dan Mumbai, India. Segala proses rendering telah dilakukan di Hong Kong, China, sekali gus menjadikan 'Ribbit' sebuah projek global yang berlatarbelakangkan hutan Amazon.



20 May 2014

BILA FIZZ FAIRUZ & IZZUE ISLAM JADI 'MAT TUDUNG'



Showbiz Productions yang terkenal dengan filem Melayu lain dari yang lain seperti 'Hantu Kapcai', 'Kahwin 5', 'Chikaro', 'Hantu Tok Mudim' dan 'Ular', kini membuka tirai 2014 dengan sebuah filem komedi berjudul 'Mat Tudung'.

Filem arahan pengarah muda, Waan Hafiz (yang sebelum ini mengarah filem 'Hantu Tok Mudim') menggandingkan Fizz Fairuz, Nelydia Senrose dan Izzue Islam sebagai pelakon utama.



14 May 2014

LEGENDS OF OZ: DOROTHY'S RETURN - GEGAR PAWAGAM 5 JUN 2014



Petaling Jaya, 14 Mei 2014 : Summertime Entertainment mempersembahkan Legends of Oz : Dorothy’s Return, sebuah filem muzikal animasi 3D yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Jun 2014. Filem animasi bergenre muzikal ini menampilkan suara pelakon-pelakon terkenal seperti Lea Michele, Martin Short, Dan Aykroyd, Jim Belushi dan Kelsey Grammer.

Skrip filem yang dihasilkan oleh Adam Balsam dan Randi Barnes diinspirasi berdasarkan buku “The Wonderful Wizard of Oz” karya L.Frank Baum dan buku bersiri “Dorothy of Oz” yang ditulis oleh cicitnya sendiri, Roger Stanton Baum dan ia merupakan kesinambungan daripada cerita dongeng yang paling popular dan digemari di dunia.



24 December 2013

INFO SANA SINI - 'CHIKARO', FILEM TERAKHIR 2013



Selepas mengeluarkan filem bergenre komedi seram 'Hantu Tok Mudim' dan creature feature 'Ular', Showbiz Productions bakal menayangkan filem terakhir penutup tirai tahun 2013, iaitu 'Chikaro' yang bergenre chick flick atau lebih dikenali di Malaysia sebagai romantik komedi.

Filem arahan Nizam Zakaria (yang sebelum ini mengarah filem 'Cinta Kura-Kura' dan 'Kahwin 5') menggandingkan ramai pelakon berbakat iaitu Izzue Islam, Adleena Nordin dan Izara Aishah, Adam AF2, Tasha Shila, Liyana Jasmay, Irma Hasmie, Daus AF8 dan ramai lagi.


22 November 2013

'HANTU TOK MUDIM' MENGAMUK DI PAWAGAM


Sebuah lagi filem bergenre seram komedi iaitu 'Hantu Tok Mudim' telah mula ditayangkan di pawagam bermula 21 November lalu yang berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan. Semuanya gara-gara hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Bagaimanapun, menurut pengarah filem tersebut, cerita tentang bersunat bukanlah mahu menakutkan kanak-kanak kerana ia bukanlah perkara asing dalam masyarakat Melayu, bahkan kaum lain juga turut mempercayai kaedah bersunat baik untuk anak mereka.


22 August 2013

KAMI HISTERIA - BAKAL GEGAR PAWAGAM


Rasanya, jarang kita dapat menonton sebuah filem yang memuatkan ramai heroin popular seperti Diana Danielle, Nur Fazura, Mila Jirin dan ramai lagi. Filem yang berjudul 'Kami Histeria' itu khabarnya digarap dengan teliti hingga mengambil masa panjang untuk disiapkan sebelum bakal ditayangkan pada 2013 ini.

Bayangkan... sebuah filem yang dibayangi hantu cantik seperti Fazura, pastinya ia bakal membawa kelainan yang menghiburkan. Tambah berlainan apabila penyanyi Mila Jirin yang memegang watak Ain diberi peranan sebagai gadis yang banyak cakap hingga membuat orang menyampah!

Klik untuk imej besar...

02 April 2013

FILEM BARU - PAKU SAINGI TWILIGHT?


Filem seram terbaru lakonan Johan Asaa'ri yang berjudul 'Paku'. Untuk info, cerita yang dipaparkan khabarnya lebih kuat daripada filem twilight, iaitu mengetengahkan percintaan yang tulus serta kisah seram yang menarik.

Anda boleh menonton trailernya melalui Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=DDZrtx6R3hY



21 March 2013

FILEM BARU - TRAILER 'OH MAK KAU'


Trailer filem baharu bertajuk 'Oh Mak Kau' (OMK) arahan sulung Nurul Ain Nordin dan dilakonkan oleh pelakon popular iaitu Jep dan Shuib Sepahtu, Abon Maharaja Lawak, Nurul Ain Nordin, Syamsul Yusof, Wan Maimunah, Yassin Yahya dan Didi Alias.

Untuk info, Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 16 May 2013.



Atau Klik link di bawah:
http://www.youtube.com/watch?v=l6m63uLH-2M

14 March 2013

FILEM - 'VIKINGDOM' BAKAL GEGAR 2013


KRU Studios telah melancarkan treler filem yang dinanti-nantikan ramai berjudul “Vikingdom” arahan Yusry Abdul Halim di You Tube. Filem bergenre aksi, fantasi dan penggembaraan ini adalah filem Bahasa Inggeris buatan Malaysia untuk pasaran antarabangsa.

Filem ini dibintangi oleh Dominic Purcell (Prison Break, Killer Elite), Natassia Malthe (Dead or Alive, Elektra), Craig Fairbrass (Cliffhanger), Jon Foo (Tekken) dan Conan Stevens (The Hobbit). Dengan penerbitan Vikingdom, ia bakal memperkukuhkan lagi kedudukan KRU Studios diarena antarabangsa dan membuka laluan yang lebih besar bagi menembusi pasaran Amerika pada tahun ini.

Klik untuk imej besar...

02 November 2012

FILEM BARU: KAHWIN 5 BAKAL SAINGI MADU TIGA?

Selepas kejayaan filem 'Hantu Kapcai' bulan lalu, Showbiz Productions kini menghasilkan pula filem komedi berjudul 'Kahwin 5' yang bakal ditayangkan di 70 buah pawagam di seluruh tanahair mulai 27 Disember 2012.

Semuanya gara-gara kejayaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mengetengahkan isu poligami dalam filem popularnya, 'Madu 3', kini Showbiz dikatakan tampil dengan satu pembaharuan yang segar dan menghiburkan dengan memaparkan subjek poligami sebagai sub-plot. Gabungan dinamik Usop Wilcha (Hantu Kak Limah Balik Rumah), Fizz Fairuz (Hantu Kapcai), Soffi Jikan (KL Gangster) serta barisan pelakon wanita seperti Dian P. Ramlee, Anzalna Nasir, Marsha Milan, Adrea Abdullah serta Norish Karman dijangka akan membuat penonton tak kering gusi dari mula sehingga akhir penceritaan.

Klik untuk imej besar...

07 March 2012

FILEM SUPERTOTS SUPERSQUAD BAKAL GEGAR 2013


“Bila langit menjadi hitam, mahkluk dari kegelapan angkasa akan membawa kemusnahan di Bumi.” – Terjemahan dari simbol kitab kuno Nagasakti.

Demikianlah dialog menarik Majlis Supertots yang diadakan baru-baru ini bertempat di Bsync Studio, Kuala Lumpur bertujuan memperkenalkan artis yang terlibat sebagai pelakon suara bagi filem animasi Supertots Supersquad The Movie.

Dafi & Diana Danielle - klik untuk imej besar...


20 December 2011

NOH HUJAN BINTANGI FILEM BARU NAMAWEE


Jika sebelum ini Afdlin Shauki dan Adibah Noor mengambil risiko untuk berlakon dalam filem Namawee menerusi filem Nasi Lemak 2.0, kini vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pula bersedia untuk dihentam.

Ia berikutan kesediaannya untuk beraksi dalam filem kedua pengarah kontroversi, Namawee, berjudul Hantu Gangster. Kata Namawee, dia menganggap kesediaan Noh sebagai satu penghargaan besar buat dirinya kerana penyanyi itu sudi menerima tawaran tersebut.

Klik untuk imej besar...