22 July 2015

9 GAMBAR & VIDEO - TUN M DALAM FILEM 'KAPSUL'



Syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd mencipta sejarah apabila berjaya melamar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, 90, membintangi filem terbitan mereka berjudul Kapsul.

Filem arahan Allahyarham Martis Mohd Ali itu akan menemui penonton seluruh negara mulai 17 September depan.

Penerbitnya, Amru Najmi Osman berkata, penampilan Tun M dalam filem itu tidak ada kaitan dengan keadaan politik semasa.

Klik gambar untuk size besar




"Kemunculan Tun M melengkapkan jalan cerita filem ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 ditanam beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadbirannya.

"Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam filem ini, Tun M terbabit dalam lima babak termasuk dia berdialog dengan pelakon utamanya, Faizal Hussein.



Terdahulu, berita pembabitan Tun di dalam filem ini mula diperkatakan selepas wajah beliau terpampang di poster filem berkenaan.

Menurut Amru, Tun M bersetuju membintangi filem ini disebabkan jalan ceritanya memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

Filem yang menjalani penggambaran tahun lalu ini adalah hasil intepretasi Martis berkenaan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul itu mengenai amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.















Final Trailer Filem Kapsul



ATAU KLIK DISINI



         ________________________




No comments: