22 July 2015

6 GAMBAR: PERSIAPAN RAYA TAHUN INI LEBIH KEPADA BARANGAN 'BABY' - YUSRY KRU



Berita mengenai kehamilan Lisa Surihani amat menggembirakan hati para peminat apatah lagi bagi Yusry KRU sendiri.

Kita sedia maklum bahawa usia kandungan Lisa telah masuk 3rd trimester iaitu sekitar 7 bulan. Yusry dalam pada itu akui persiapan raya tahun ini lebih kepada membeli barangan keperluan anak sulung yang bakal lahir nanti berbanding diri sendiri.

"Perbezaan paling ketara antara saya dan Lisa ialah tidak membeli barangan sendiri, tak kisahlah baju ke, kasut atau sebagainya, kami berdua sentiasa masuk ke kedai 'baby' untuk melihat barang-barang yang sesuai.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Yusry jika sebelum ini Lisa dilihat suka bershopping namun semenjak hamil dia lebih suka berbelanja barangan 'baby'.

"Sebelum ini Lisa memang 'kaki shopping' tapi semenjak hamil ini, dia pun sama juga suka membeli barangan 'baby' yang sesuai untuk digayakan, bilik pun saya dah hias sikit-sikit sebelum lahirnya anak saya nanti," ujar Yusry dipetik sebagai berkata.



Dalam pada itu, Yusry turut memberitahu dia akan membesarkan anaknya itu seperti kanak-kanak biasa.

"Saya berkeputusan seperti ini tidaklah bermaksud untuk simpan anak saya mahu nak sangat eksklusif, tetapi saya mahu anak saya itu membesar secara bersahaja dan normal.

"Tetapi sekiranya saya berjalan-jalan atau bersiar-siar di luar dan ketika itu ada peminat nak bergambar, saya tak halang, itu adalah perkara biasa sebagai 'public figure'," jelasnya.











         ________________________




No comments: