11 December 2015

FILEM BARU - 'OLABOLA' FILEM TERHEBAT PEMBUKA TIRAI 2016



Mengambil masa selama beberapa tahun untuk disiapkan, filem terkini terbitan Astro Shaw iaitu 'OlaBola' yang bertaraf Hollywood akan menemui penonton pada 28 Januari 2016.

Filem tersebut yang berlatar belakangkan tahun 80-an, membariskan pelakon hebat seperti bront palare, JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar,Marianne Tan, Frankie Lee dan ramai lagi.





Semalam, setelah lagu tema pertamanya berjudul 'Arena cahaya' nyanyian Zee Avi dilancarkan pada 23 November lalu, Astro Shaw melancarkan pula trailer rasmi serta lagu tema kedua berjudul 'We Will Believe Again'.

Lagu sentuhan komposer dan penerbit muzik berbakat besar, Onn San dinyanyikan oleh beberapa artis terkenal dari pelbagai bangsa seperti Aril AF7, Ganesan Manohgaran iaitu juara pertandingan program Astro Vaanavil Superstar tahun 2010 dan Geraldine Gan & Nicole Lai iaitu juara program Astro Star Quest tahun 2011 dan 2012.



Melihat kegigihan pengarahnya Chiu Keng Guan yang pernah merangkul kejayaan kutipan box office melalui filem 'The Journey', dijangka 'OlaBola' mampu mengatasi kutipan terdahulu berdasarkan mutu filem terbaharunya yang berkualiyi tinggi.

Filem tersebut yang mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980, mempunyai banyak special effects yang bakal membawa penonton mengimbau zaman lampau.





ARTIKEL: MAN LADA
PHOTO: NUR
LAGI GAMBAR-GAMBAR DI INSTAGRAM MYARTIS - Sila klik




         ________________________




No comments: