07 March 2012

FILEM SUPERTOTS SUPERSQUAD BAKAL GEGAR 2013


“Bila langit menjadi hitam, mahkluk dari kegelapan angkasa akan membawa kemusnahan di Bumi.” – Terjemahan dari simbol kitab kuno Nagasakti.

Demikianlah dialog menarik Majlis Supertots yang diadakan baru-baru ini bertempat di Bsync Studio, Kuala Lumpur bertujuan memperkenalkan artis yang terlibat sebagai pelakon suara bagi filem animasi Supertots Supersquad The Movie.

Dafi & Diana Danielle - klik untuk imej besar...




Dalam majlis itu, Netcarbon Sdn. Bhd. mengumumkan pelakon suara (voice over) filem animasi 3D itu terdiri daripada Dafi, Diana Danielle, Radhi Khalid, Na’a Murad, Elza Irdawaty, Megat Shahrizal, Maya Arisa Tan dan Marina Aris Tan.

Untuk info, Supertots Supersquad The Movie adalah filem yang berdasarkan siri animasi Supertots yang memenangi anugerah Animasi Terbaik di Anugerah NEF-AWANI pada tahun lepas.

Bakal jadi filem...


Filem ini adalah filem animasi pertama di Malaysia yang mengunakan teknik ‘Hybrid Motion-Capture’ yang telah juga digunakan dalam filem Avatar dan Adventures of Tin-Tin.

Diketegorikan sebagai sebuah filem epik ‘action comedy’, ia mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur pertempuran sengit di langit di atas KLCC dan pelbagai aksi yang mencuit hati.

“Filem Supersquad yang mempunyai 3 orang adiwira, Kapten Danny, Elly dan Alan terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron. Semua ini telah diramalkan di dalam kitab Nagasakti berabad dahulu yang mana bumi akan diserang oleh makhluk asing. Untuk melengkapkan Supersquad, watak Shasha dan Blinq bakal menyerikan lagi pengembaraan mereka," ujar jurucakap Netcarbon menjelaskan dengan lebih lanjut.

Filem animasi ini dijangka akan ditayangkan di Malaysia pada tahun 2013 dan disusuli dengan tayangan di pawagam  antarabangsa di lebih 20 buah negara.

GAMBAR-GAMBAR:













No comments: