Sebuah lagi filem bergenre seram komedi iaitu 'Hantu Tok Mudim' telah mula ditayangkan di pawagam bermula 21 November lalu yang berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan. Semuanya gara-gara hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.
Bagaimanapun, menurut pengarah filem tersebut, cerita tentang bersunat bukanlah mahu menakutkan kanak-kanak kerana ia bukanlah perkara asing dalam masyarakat Melayu, bahkan kaum lain juga turut mempercayai kaedah bersunat baik untuk anak mereka.

"Dahulu yang orang mengkhatankan kanak-kanak lelaki dipanggil 'Tok Mudim' dan sekarang ini rata-rata bersunat di klinik oleh doktor.
"Jadi saya masukkan cara bersunat orang dulu dengan diselitkan unsur komedi dan seram dalam penceritaan. Bagaimanapun saya yakin kanak-kanak pada zaman ini sudah lebih matang dan terbuka mengenai perkara ini dan filem ini hanya untuk hiburan semata-mata,” kata pengarah filem ini, Waan Hafiz.
Untuk info, Hantu Tok Mudim menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, AR Badul, Harun Salim Bachik dan Adrea Abdullah.





No comments:
Post a Comment