22 November 2013

ALBUM BARU - PALING CINTA DALAM DUNIA


Paling Cinta Dalam Dunia merupakan single yang kedua diangkat setelah Antara 2 Darjat yang telah didedahkan pada khalayak kira-kira Januari 2013 yang lalu. Lagu ini merupakan trek ke-4 didalam EP mereka yang terbit pada 9 November lalu.

Lagu ini dicipta oleh Iqbal dan dirombak semula bersama ahli kumpulan iaitu Johan, Fei, Shahrin dan Shah Salleh. Menurut Iqbal, lagu ini didedikasikan kepada isterinya yang dicintai.

"Saya mungkin tak dapat berikan dia Taj Mahal, jadi saya buat apa yang saya boleh buat. Kerna itulah datangnya lagu ini. Lagu ini adalah dedikasi saya terhadap cinta saya pada dia," jelas Iqbal

Kulit album - klik gambar untuk imej besar



Ada beberapa bahagian peribadi telah dimasukkan kedalam komposisi ini, seperti Pekasam (makanan seperti ikan masin) dan Yasmin Ahmad (Pengarah filem) didalam senikata sebagai merujuk secara tepat bahawa lagu ini betul-betul ditujukan kepada Bainun Waheeda (isteri Iqbal).

"Aku sengaja pakai key signature F#, sebab seperti yang kau orang tahu F# mempunyai 6 sharp didalamnya. Jadi setiap sharp itu mewakili ejaan B.A.I.N.U.N,” tambah Iqbal.

Gabungan gitar yang berlawan diantara Fei dan Johan juga memainkan peranan penting untuk hook lagu ini selain dari root not yang dipegang bass (kerana pemain gitar langsung tidak memegang kord sepanjang lagu) dan ritma dram yang cathy dari Shahrin.

Lagu ini juga sudah diletakkan di pustaka muzik. Untuk mendengarnya, boleh lawati https://soundcloud.com/iqbal-m/paling-cinta-dalam-dunia

No comments: