Showing posts with label album baru. Show all posts
Showing posts with label album baru. Show all posts

18 April 2016

‘KAULAH DIA’ - BUAH TANGAN TERKINI CALIPH BUSKERS



Selepas kejayaan single pertama mereka ‘Hanya NamaMu’, yang telah merangkul beberapa anugerah di pentas AJL dan juga sebagai lagu yang paling banyak didendangkan di pusat karaoke Redbox, terkini Caliph Buskers muncul pula dengan buah tangan terbaru mereka berjudul 'Kaulah Dia'.

Single solo kedua terbaru tersebut merupakan ciptaan dan terbitan sepenuhnya Edry Abdul Halim. Ia membawa genre pop kontemporari yang menampilkan muzik lebih matang dengan iringan koir dan orkestra sekaligus membawa dimensi baru dalam muzik kumpulan Caliph Buskers.



04 November 2014

ALBUM BARU - PANDORA MUNCUL DENGAN 'DIARI APRIL'



Bagi merancakkan lagi industri hiburan, 'Pandora' kini muncul dengan single terbaru mereka berjudul 'Diari April'. Album tersebut telah mendapat perhatian syarikat rakaman antarabangsa iaitu Warner Music Malaysia yang bertindak sebagai pengedar rasmi album fizikal dan juga digital untuk pasaran tempatan.

Untuk info, Pandora merupakan sebuah band berkonsepkan rock alternatif yang ditubuh secara rasmi pada tahun 2014. Band ini merupakan satu gabungan kombinasi influence yang berbeza serta banyak dipengaruhi oleh band-band popular antarabangsa daripada US dan UK.



23 October 2014

FAR EAST LANCAR ALBUM BARU 'AKU ZIKIRKAN NAMA-MU'



Satu majlis pelancaran album baru Far East yang berjudul 'Aku Zikirkan Nama-Mu' telah berlangsung pada 21 Oktober 2014 (Selasa) di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur.

Far East sebuah kumpulan nasyid yang sudah bertapak di dalam persada muzik tanahair sejak dari tahun 2001. Pembabitan mereka dalam industri muzik tanahair lebih dari sepuluh tahun ini, telah membolehkan anak-anak muda ini menimba pengalaman dengan mengadakan persembahan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Singapura, Thailand, Indonesia, India dan negara-negara lain.

Klik gambar untuk size besar


11 August 2014

JACLYN BEKERJASAMA DENGAN PENERBIT ALBUM THE BLACK EYES PEAS



Peluang bekerjasama dengan dengan penerbit album yang pernah bekerja dengan kumpulan terkenal Amerika Syarikat, The Black Eyed Peas iaitu Rick Dixon, tidak akan disia-siakan oleh penyanyi Jaclyn Victor.

Menurut Jaclyn, tawaran itu dibuat oleh Rick atau lebih dikenali dengan nama Rick One selepas dia mengadakan persembahan di Whisky A Go Go di West Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat baru-baru ini.

"Persembahan tersebut adalah salah satu siri pengenalan bagi memberi peluang penggiat muzik di negara itu mengenali bakat saya dan tidak sangka mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan Rick.



25 July 2014

'HITAM' DUALITI FEAT AMEERAIS



Sikap keterbukaan dan penerimaan peminat muzik tanahair serta keberanian anak-anak muda yang berbakat dan memperkenalkan karya mereka selain daripada genre pop telah menvariasikan muzik industri negara. Muzik adalah universal dan genre rap & hip hop sebenarnya telah lama bertapak di negara kita pada tahun 1990an, bermula dengan kumpulan KRU, NICO dan 4U2C diikuti dengan Poetic Ammo, Too Phat dan lain-lain. Kini industri diserikan lagi dengan kumpulan seperti Sleeq, Waris, Altimet dan ramai lagi.

KRU Music telah didatangi oleh 2 orang anak muda rappers yang berbakat besar untuk mencari peluang untuk mengembangkan bakat mereka. Bersama mereka telah membentuk kumpulan yang dikenali sebagai DUALITI. DUALITI terdiri daripada Jazman dan Saphuan dengan berbekalkan bakat, pengalaman dan kesungguhan mereka pihak KRU Music bertindak menerbitkan sebuah single yang berjudul 'Hitam'.



17 July 2014

INFO: 'MENYAMBUT HARI RAYA' - LAGU TERKINI THE JESPERS



Hari raya tahun ini pastinya lebih meriah dengan pelbagai lagu baru yang diterbitkan oleh penggiat seni tanahair kita. Sehubungan itu, Kumpulan The Jespers turut tidak mahu ketinggalan menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan melancarkan lagu raya istimewa berjudul 'Menyambut Hari Raya'.

"Dari dulu lagi saya memang mengimpikan untuk menghasilkan sebuah karya lagu raya bagi tatapan semua. Selepas hampir enam tahun bermain muzik, akhirnya saya diilhamkan dengan 'Menyambut Hari Raya'.



03 July 2014

LAGU REMEDY - JACLYN VICTOR AKHIRNYA MARA KE HOLLYWOOD



Cyberjaya, 3 Julai 2014 - Penyanyi Jaclyn Victor bakal melakar satu lagi kejayaan dalam kerjaya prolifik beliau melalui pengeluaran lagu terbarunya 'Remedy' yang akan diedarkan melalui lebih 80 platform digital mulai 10 Julai 2014.

Penyanyi versatil dan berbakat besar ini telah merakamkan lagu pelbagai genre muzik didalam pelbagai bahasa. Beliau mula meraih populariti apabila merangkul gelaran juara Malaysian Idol pada tahun 2004. Selama sedekad, Jaclyn telah berjaya membina kerjayanya dengan memenangi pelbagai anugerah di dalam bidang nyanyian dan lakonan.



SUAMI MINTA TUMPU AGAMA - NORANIZA IDRIS BAKAL BERSARA



Suami Noraniza Idris, 46, iaitu Juffri Hudi, 55, meminta isterinya supaya meninggalkan bidang nyanyian pada akhir tahun ini untuk memberi tumpuan kepada amalan agama.

Bagaimanapun, disebabkan perjuangan Noraniza untuk memperjuangkan irama tradisional hingga berjaya masih belum tercapai, maka ia terpaksa ditangguhkan oleh penyanyi itu buat sementara waktu.



28 May 2014

INFO - 'AKHDAN' MUNCUL DENGAN SINGLE TERBAHARU



Setelah muncul dengan album sulung pada 2012 bersama Hijjaz Record, kemudian mengetengahkan single pada 2013 berjudul 'Kembalikan Damai Itu', terkini kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Akhdan' muncul kembali dengan single terbaharu (2014), 'Kerna Cinta'.

'Akhdan' merupakan kumpulan nasyid yang terdiri daripada empat orang pelajar sekolah yang berbakat dalam bidang seni suara. Mereka yang menampilkan lagu-lagu berkonsepkan keTuhanan dan kemanusiaan mula menubuhkan kumpulan mereka pada 2010.



16 January 2014

VIDEO - 'MACAM CANTIK, MACAM COMEL' AMMAR & SYASYA



Inilah kata orang, kalau sudah rezeki... sekadar main-main pun boleh membuat seseorang itu popular dan sekaligus mencetuskan idea bagi menghasilkan lagu. Itulah yang berlaku terhadap Syasya Solero apabila terpilih menjadi model lagu 'Macam Cantik Macam Comel'.

Terkini, video tersebut telahpun dipertontonkan kepada orang ramai melalui Youtube hasil nyanyian Ammar yang lebih menjurus kepada unsur keTuhanan. Bagaimanapun, Syasya dilihat hanya sekadar model video sahaja tanpa menyanyi sebagaimana anggapan segelintir pihak sebelum ini. Kira okey la tu!


15 January 2014

INFO - NOMBOR 2 PEMBUKA TAHUN BARU BABY SHIMA



NOMBOR 2 menjadi pilihan Baby Shima sebagai pembuka tahun baru 2014. Ternyata di sebalik angka ini, ia membawa maksudnya yang tersendiri.

Selepas peroleh kejayaan dari single pertama “Tak Sabar” yang berjaya menduduki Juara Carta radio-radio tempatan dan Juara Carta radio di Sabah selama 20 minggu pada tahun lalu, tidak dinafikan ia menimbulkan rasa keyakinan dalam diri beliau untuk terus mencoret nama dalam industri muzik tanahair tanpa dihirau akan komen atau pandangan negatif yang pernah dilemparkan.



10 January 2014

INFO SANA SINI - SOFAZR KEMBALI DENGAN '1 DEKAD'



Bermula pada tahun 2003 sehingga 2013 maka genaplah 10 tahun SOFAZR memperjuangkan muzik mereka dalam industri muzik tanahair. Mampu bertahan selama sedekad bukanlah satu kerja mudah apatah lagi dengan industri muzik sering ada pasang surutnya.

Keadaan ini menyebabkan ramai band-band yang seangkatan mereka telah berpecah belah. Bagi meraikan 10 tahun bersama maka, SOFAZR kembali muncul dengan album terbaru mereka yang berjudul `1 DEKAD’. Ia merupakan album ke 7, SOFAZR yang kini berada di bawah label KRU Music Sdn Bhd.



09 January 2014

SEJENAK - DENGARKAN LAGU 'KEKASIH ABADI' YUSRY & LISA



Baru-baru ini heboh perihal duet kali pertama pasangan suami isteri romantik iaitu Yusry KRU dan Lisa Surihani melalui lagu berjudul 'Kekasih Abadi'. Lagu tersebut adalah ciptaan Edry KRU.

Artikel terdahulu:
Dan seperti yang dijanjikan, KRU Music telah melancarkan audio penuh lagu tersebut untuk penilaian peminat mereka. Dan sambil mendengar lagu tersebut, lihat juga gambar-gambar pasangan ini dihari-hari terakhir mereka di US dan Eropah.



07 January 2014

ALBUM BARU - FORTEEN TAMPIL DENGAN 'KITA'



FORTEEN bermula dengan 4 jejaka iaitu Izzue, Ariz, One dan Ameer yang disatukan menerusi ujibakat KRU Music pada tahun 2010. FORTEEN mempertaruhkan bakat dan kemantapan vokal berharmoni untuk memperjuangkan muzik bergenre pop bagi memertabatkan lagi industri muzik tanah air.

Kini, genap 3 tahun penubuhannya, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ia terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, hingga tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011.



04 January 2014

KEKASIH ABADI - DUET PERTAMA YUSRY & LISA SEJAK KAHWIN



Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani, seni mempertemukan cinta mereka sebagai kekasih. Perkenalan circa 2011, telah memulakan bibit cinta antara mereka dan seterusnya termeterailah perjanjian kekasih abadi sebagai pasangan suami isteri yang sah pada 23hb Februari 2012.

Artikel terdahulu:
Berdua bersatu mereka menjadikan bidang seni sebagai punca pendapatan dimana Lisa merupakan pelakon, model dan pengacara terkenal dan berbakat besar di Malaysia manakala Yusry seorang komposer, penyanyi, pelakon, produser dan pengarah yang berkaliber bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat antarabangsa menerusi filem `Hikayat Merong Mahawangsa’ dan `Vikingdom’.


02 January 2014

INFO SANA SINI - JOE CUBA NASIB MELALUI 'LUCY LOU'



Mungkin ramai yang tidak sabar menanti album terbaru PureVibracion yang khabarnya bakal memasuki studio rakaman. Namun, vokalisnya iaitu Joe Purevibracion akhirnya mengambil keputusan awal menghasilkan single solo pertamanya berjudul 'Lucy Lou'.

Vokalis kugiran reggae tempatan itu kini sibuk menyiapkan album ekperimentasi solonya itu di bawah syarikat rakaman Laguna Music di Ampang, Selangor. Syarikat yang sama telah menerbitkan album sulung Purevibracion iaitu Love and Peace pada tahun 2008.


07 December 2013

INFO SANA SINI - 'BANGKIT' CUBAAN BERANI THE JESPERS



THE JESPERS mungkin sebuah nama baru di dalam industri muzik tanah air. Terbaru, mereka tampil dengan single pertama mereka yang berjudul 'Bangkit'.

Artikel terdahulu:

Band yang berkonsepkan irama punk rock ini dipengaruhi oleh band-band popular antarabangsa seperti Green Day, My Chemical Romance, Blink-182, Sum 41 dan ramai lagi.


29 November 2013

INFO SANA SINI - SINGLE SULUNG NAIM HELMI


Naim Helmi mungkin nama baru dalam industri hiburan tanahair, namun sudah hampir 12 tahun dia mengembara dalam dunia hiburan yang penuh cabaran ini. Bermula pada tahun 2001 bersama sebuah kumpulan nasyid FAR EAST, dan selepas itu menganggotai MIRWANA sebuah kumpulan pop vokal yang mengetengahkan lagu-lagu keTuhanan dan kerohanian.

Atas semangat dan cinta yang mendalam dalam bidang nyanyian, dia kini tampil dengan single sulungnya ‘Cukup Kau Untuk Ku’ secara solo hasil ciptaan komposer Kuncidemak. Projek khas yang diterbitkan oleh GreenMango Entertainment ini merupakan suatu cabaran baginya mengekspresikan bakat dan identitinya secara individu dalam bidang nyanyian.


22 November 2013

ALBUM BARU - PALING CINTA DALAM DUNIA


Paling Cinta Dalam Dunia merupakan single yang kedua diangkat setelah Antara 2 Darjat yang telah didedahkan pada khalayak kira-kira Januari 2013 yang lalu. Lagu ini merupakan trek ke-4 didalam EP mereka yang terbit pada 9 November lalu.

Lagu ini dicipta oleh Iqbal dan dirombak semula bersama ahli kumpulan iaitu Johan, Fei, Shahrin dan Shah Salleh. Menurut Iqbal, lagu ini didedikasikan kepada isterinya yang dicintai.

"Saya mungkin tak dapat berikan dia Taj Mahal, jadi saya buat apa yang saya boleh buat. Kerna itulah datangnya lagu ini. Lagu ini adalah dedikasi saya terhadap cinta saya pada dia," jelas Iqbal

Kulit album - klik gambar untuk imej besar

29 October 2013

INFO - RAQIB AF9 MUNCUL DENGAN 'BINTANG SYURGA'


Pada awal Oktober lalu, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ke 9 yang terkenal dengan lagu Luahan Rasa, Raqib Majid muncul dengan single hit terbarunya Bintang Syurga.

Untuk single terbaru ini, Raqib Majid telah bekerjasama dengan kumpulan nasyid remaja popular tanahair, UNIC. Ia adalah projek khas (CSR) bagi mengisi Tabung Kemanusiaan Mesir, Palestin, Syria & Rohingya.