29 November 2013

INFO SANA SINI - SINGLE SULUNG NAIM HELMI


Naim Helmi mungkin nama baru dalam industri hiburan tanahair, namun sudah hampir 12 tahun dia mengembara dalam dunia hiburan yang penuh cabaran ini. Bermula pada tahun 2001 bersama sebuah kumpulan nasyid FAR EAST, dan selepas itu menganggotai MIRWANA sebuah kumpulan pop vokal yang mengetengahkan lagu-lagu keTuhanan dan kerohanian.

Atas semangat dan cinta yang mendalam dalam bidang nyanyian, dia kini tampil dengan single sulungnya ‘Cukup Kau Untuk Ku’ secara solo hasil ciptaan komposer Kuncidemak. Projek khas yang diterbitkan oleh GreenMango Entertainment ini merupakan suatu cabaran baginya mengekspresikan bakat dan identitinya secara individu dalam bidang nyanyian.




Ini kerana, ramai mengetahui Mirwana bukan suatu nama baru dalam industri hiburan tanahair. Mereka sering bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi lain dalam lagu–lagu mereka seperti Aku Tanpa CintaMu (bersama Jay Jay) 2003, Tika Masanya (bersama Hujan) 2010, Manifestasi Cinta (bersama Fiq Mentor) 2010 dan Itu Ini Begitu Begini (bersama Altimet) 2012.

Tetapi pada tahun 2013 ini, anggota-anggota Mirwana melangkah setapak lagi untuk tampil secara individu apabila meraka akan menghasilkan projek khas masing-masing. Mirwana sendiri masih ada 2 single yang sudah siap pembikinannya cuma bila ia akan dikeluarkan belum lagi ditentukan tarikhnya.



Single ‘Cukup Kau Untuk Ku’ berkonsepkan pop dan Naim Helmi berharap agar penampilannya secara solo akan diterima ramai terutamanya peminat-peminat Mirwana sendiri yang selama ini banyak menyokongnya.

Untuk menonton video klip, sila klik di sini:


No comments: