17 July 2014

INFO: 'MENYAMBUT HARI RAYA' - LAGU TERKINI THE JESPERS



Hari raya tahun ini pastinya lebih meriah dengan pelbagai lagu baru yang diterbitkan oleh penggiat seni tanahair kita. Sehubungan itu, Kumpulan The Jespers turut tidak mahu ketinggalan menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan melancarkan lagu raya istimewa berjudul 'Menyambut Hari Raya'.

"Dari dulu lagi saya memang mengimpikan untuk menghasilkan sebuah karya lagu raya bagi tatapan semua. Selepas hampir enam tahun bermain muzik, akhirnya saya diilhamkan dengan 'Menyambut Hari Raya'.





"Berdasarkan rentak dan lirik lagu yang diselitkan elemen-elemen kemeriahan sambutan di hari perayaan, kami yakin lagu ini mampu menarik minat semua golongan dan bukan sahaja pada perayaan Aidilfitri pada kali ini, malah juga di masa akan datang," ujar Nash, vokalis The Jespers.

Bagi yang kurang mengenali kumpulan The Jespers, mereka telah muncul dengan single 'Bangkit' pada Januari 2014 dan telah mendapat sambutan ramai apabila dimainkan di corong-corong radio di negara ini.

Untuk info, lagu tersebut telah mendapat reaksi positif dari peminat apabila ia dilancarkan di Youtube sejak 14 Julai lalu.

VIDEO DI YOUTUBE:




         ________________________


No comments: