17 July 2014

BAKAL BERCERAI - EZANY AKUR KEMAHUAN ISTERI



Bukan dia yang mahu bercerai, tetapi ia adalah kemahuan dan permintaan isterinya Lizda Nuryanti, 32. Demikian akui pelakon Ezany, 41, yang telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun bersama isterinya itu.

"Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi.





"Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Kisah keretakan rumah tangga Ezany mula tersingkap kelmarin apabila Ezany memuat naik status di laman sosial miliknya "It‘s over, the end. Berakhir sebuah cerita."



Sementara Lizda kemudian turut memnuat naik status di laman sosialnya dengan nota: "Liz baru balik dari menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini, pasrah dan reda dengan ketentuan Allah selepas melalui proses perpisahan yang perit dalam rumahtangga”.

Terdahulu ketika ditanya adakah dia atau isterinya sudah memfailkan cerai, Ezany bagaimanapun enggan mengulas tentang perkara itu.

"Tunggulah nanti apa keputusan hakim. Sekarang ini pun masalah masih belum selesai. Saya pun enggan komen panjang kerana takut ia boleh menjejaskan kes kami," katanya.

Untuk rekod, Ezany dan Lizda diijabkabulkan pada 1 Julai 2007 dan mereka telah dikurniakan dua orang anak.


         ________________________


No comments: