03 July 2014

LAGU REMEDY - JACLYN VICTOR AKHIRNYA MARA KE HOLLYWOOD



Cyberjaya, 3 Julai 2014 - Penyanyi Jaclyn Victor bakal melakar satu lagi kejayaan dalam kerjaya prolifik beliau melalui pengeluaran lagu terbarunya 'Remedy' yang akan diedarkan melalui lebih 80 platform digital mulai 10 Julai 2014.

Penyanyi versatil dan berbakat besar ini telah merakamkan lagu pelbagai genre muzik didalam pelbagai bahasa. Beliau mula meraih populariti apabila merangkul gelaran juara Malaysian Idol pada tahun 2004. Selama sedekad, Jaclyn telah berjaya membina kerjayanya dengan memenangi pelbagai anugerah di dalam bidang nyanyian dan lakonan.





Single 'Remedy' juga bakal membawa dimensi baru bagi hala tuju muzik Jaclyn. Dengan gabungan melodi dan lirik arus perdana 'Pop', penyampaian vokal ala 'R&B' dan susunan muzik EDM (electronic dance music); 'Remedy' mempunyai elemen 'hit single' dan pelan komprehensif telah disusun rapi oleh KRU Music untuk memasarkan lagu ini dipersada antarabangsa.

Sebagai permulaan, Jaclyn akan berada di Los Angeles, California dari 5 hingga 13 Julai 2014 untuk memperkenalkan lagu tersebut melalui pelbagai siri pertunjukan pentas serta temuramah media. Program selama seminggu ini adalah siri promosi yang pertama didalam pelbagai aktiviti promosi susulan diperingkat antarabangsa yang dirancangkan oleh pihak pengurusan label.

'Remedy' adalah salah satu single daripada album berjudul 'Unleashed' yang akan berada dipasaran pada September 2014. Diterbitkan oleh penerbit/komposer prolifik yang telah memenangi pelbagai anugerah, Edry Abdul Halim, album ini turut menampilkan 4 lagi single yang bakal menjadi hit seperti 'Pinnacle', 'Sweeter Than A Dream', 'Over And Over' and 'Delirious'.

Album ini telah dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur, manakala proses adunan dan “mastering” telah dibuat di Los Angeles.




         ________________________


No comments: