"Dia (Ramli MS) memang sangat cer£wet bab makanan. Tambah pula dia pandai memasak. Dalam masa sama, dia suka buat kajian pula masa masak tu."
Itulah ujar penyanyi Datin Alyah, dimana dia melihat suaminya iaitu pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram, sebagai seorang yang amat teliti dan cer£wet apabila menyentuh soal makanan.
Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 44, turut mendedahkan, suaminya itu bukan sahaja mempunyai citarasa tinggi, malah Tok Ram turut melakukan kajian setiap kali dia memasak di dapur.
Disamping itu, Alyah juga berkongsi, antara menu yang sering dimasak oleh suaminya itu ialah asam pedas, dimana ia menjadi hidangan wajib di rumah mereka hampir setiap minggu.
Klik untuk gambar besar
"Asam pedas tu memang wajib. Dari awal kahwin sampai sekarang, setiap minggu mesti ada. Tapi setiap kali masak, dia tetap kaji... nak tahu jenis cili mana lebih sedap, ikan mana paling sesuai," tuturnya.
Mengulas mengenai tindakan suaminya itu, Alyah dalam nada berselor0h, berkata, dia seolah-olah menjadi 'tikus makmal' dalam eksperimen masakan Tok Ram yang tidak pernah berhenti mencuba pelbagai bahan dan teknik.
"Saya tak jumpa lagi asam pedas yang sedap seperti dia buat. Bukan sebab dia suami saya, tapi sebab hasil kajian dia tu memang luar biasa.
"Dengan semua kajian yang dia buat selama ni, boleh dikatakan saya ni macam 'tikus makmal'!" katanya sambil ketawa.
Untuk makluman, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013. Pasangan ini mengambil seorang anak angkat bernama Nur Izzara.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment