17 August 2025

"DUIT YANG SAYA DAPAT INI SAYA NAK BERIKAN KEPADA ORANG SUS4H..." - HAYLA TERIMA HADIAH WANG TUNAI RM3,000 & KEDAI SEMPENA HARI LAHIR SELEPAS BISNES BERJAYA CATAT JUALAN RM100,000



"Sebenarnya kami raikan hari jadi Hayla pada hari ini sebab jumlah keseluruhan jualan Sweet Layers by Hayla sudah capai RM100,000 dalam tempoh sebulan.

"Kami juga hadiahkan kedai untuk Hayla kerana bagi saya, untuk capai sesuatu yang lebih besar kena ada kedai fizikal supaya dia lebih fokus.

"Sebelum ini hanya Hayla bersama pembantu rumah dan ahli keluarga sahaja, tapi selepas ini kami akan ambil pekerja."

Demikian jelas pelakon Wawa Zainal yang meluahkan rasa syukur apabila perniagaan anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa berjaya mencatat jualan mencecah RM100,000 hanya dalam tempoh kurang sebulan.

Klik untuk gambar besar

Pencapaian itu diraikan bersempena ulang tahun kelahiran Hayla yang ke-10 pada petang Ahad, Wawa turut berkongsi, kedai berkenaan akan mula beroperasi dalam masa terdekat di Seksyen 5, Bangi, Selangor.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini dalam masa sama juga menitipkan doa agar anak keduanya itu membesar menjadi insan yang beradab dan membanggakan keluarga.

"Saya doakan supaya Hayla menjadi anak yang baik dan solehah. Menjadi seorang yang beradab dan menjadi kebanggaan saya serta Aeril.

"Sekarang pun kami dah bangga dengan dia walaupun masih kecil tapi Hayla sudah ada bisnes sendiri," ujarnya.
Sementara itu, Hayla melahirkan rasa teruja apabila menerima hadiah istimewa daripada ibu bapanya iaitu wang tunai berjumlah RM3,000 serta sebuah kedai untuk perniagaannya.

Dalam pada itu, Hayla berkata, wang yang diterimanya itu akan digunakan untuk membantu golongan memerlukan.

"Saya sangat seronok sebab saya dapat hadiah seperti duit dan kedai yang ibu bapa saya berikan. Duit yang saya dapat ini saya nak berikan kepada orang sus@h dan pada mereka yang memerlukan," tuturnya.

Untuk makluman, Wawa dan Aeril berkahwin pada tahun 2013. Selain Hayla, pasangan ini turut dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 12, Ayya Sofia, 6, dan Muhammad Fahri, 5 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: