17 August 2025

PENAT BESARKAN ANAK-ANAK SEORANG DIRI - TOM GV9 TAK BENARKAN MASUK ASRAMA WALAUPUN TERPILIH : "SAYA LEBIH SUKA KALAU IKUT JEJAK SAYA JADI PEMUZIK"



"Memang tak mungkin saya akan benarkan anak-anak masuk ke mana-mana asrama, walaupun mereka terpilih suatu hari nanti. Sekarang ini macam-macam k£s bvli berlaku. Saya t@kut sangat. Nak lahirkan, mengandung, besarkan anak bukan perkara mudah."

Itulah kata penyanyi Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 38, dimana dia mengambil keputusan untuk tidak menghantar dua anak lelakinya, Putera Adler Iesta dan Putera Evans Ezra ke sekolah berasrama kerana bimbang dengan k£s bvli yang semakin meningkat.

Ujar Tom, dia tidak sanggup melihat anak-anaknya itu menjadi m@ngsa, apatah lagi setelah membesarkan mereka seorang diri selama ini, sebelum berkahwin semula dan kini dibantu oleh suami yang juga penyanyi, Fuad Rahman.

"Memang saya seorang yang besarkan Adler dan Evans. Sekarang ini Alhamdulillah, saya dah kahwin dan ada suami yang turut sama-sama menjaga mereka," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Kongsi Tom lagi, anak ketiganya, Evans pernah menyatakan hasrat untuk menyertai tentera, namun dia kini tidak mengizinkannya, malah berharap anaknya itu turut mengikut jejak langkahnya sebagai seorang penghibur.

"Evans memang pernah cakap nak jadi askar, tapi saya tak benarkan. Askar kena duduk dalam kem, jauh dari keluarga. Saya lebih suka kalau dia ikut jejak saya jadi pemuzik," ujarnya.

Lebih rela melihat anak-anak membesar di depan mata agar keselamatan mereka lebih terjamin, Tom turut men£gaskan, anak bongsunya iaitu Anggun juga tidak akan dibenarkan ke sekolah berasrama.
"Duduklah dengan mama, tak perlu ke asrama mana-mana. Saya memang tak yakin. Dari dulu lagi, tak pernah berjauhan dengan anak-anak. Ke mana saja saya pergi, mereka akan ikut. Sus@h senang, kami bersama," jelasnya.

Untuk makluman, Tom mendirikan rumah tangga bersama Fuad pada Februari 2025 dan memiliki sorang cahaya mata perempuan, Anggun. Mereka sama-sama pernah menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

Sebelum itu, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan berakhir penceraian. Hasil perkahwinan tersebut, dia memiliki tiga orang anak lelaki iaitu Megat Ariel Shakur, Putera Adler Iesta dan Putera Evans Ezra.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: