"Tak payah mar@h-mar@h, tak payah sus@h-sus@h kutvk. Kami buat semua ini untuk kali terakhir. Kami berlatih tiga jam sehari selama tiga bulan dengan 20 lagu dan koreografi hanya untuk kenangan bersama anda semua.
"Insya-Allah lepas ini tiada lagi 4U2C, jadi chill.. datanglah kerana ini yang terakhir. Memang sedih untuk umumkan, tapi ini yang terakhir. Berpisah Jangan!"
Itulah tulis anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal menerusi perkongsian di media sosial, dimana dia memberitahu bahawa penganjuran konsert WE 4U2C Live In Concert merupakan persembahan terakhir mereka.
Klik untuk gambar besar
Ujar AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini itu lagi, selepas ini semua ahli kumpulan akan teruskan dengan kerja serta kehidupan masing-masing.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment