18 August 2025

"TENGAH SIBUK DENGAN MUZIK SAYA BALIK, SEKARANG PUN SAYA SEDANG MENULIS LAGU JUGA" - NAIM DANIEL JELAS DIRINYA DALAM KEADAAN BAIK, HARAP PEMINAT TERUS SOKONG KARIERNYA



"Saya datang untuk serah dokumen je dulu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih semua. Alhamdulillah, saya dalam baik-baik dan tengah sibuk dengan muzik saya balik. Sekarang pun saya sedang menulis lagu juga."

Demikian jelas penyanyi Naim Daniel, dimana dia memaklumkan keadaan dirinya baik sahaja dan kembali sibuk dengan kerjaya seninya serta menulis lagu baru.

Hari ini, Naim hadir ke Mahkamah Sesyen Putrajaya bagi proses serahan dokumen dan mahkamah menetapkan 19 September untuk sebutan semula k£s membabitkan penyanyi itu.

Dalam pada itu, Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, berkata, dia juga mahu memberikan tumpuan terhadap kesihatan diri.

Klik untuk gambar besar

"Saya betul-betul fokus dengan diri dulu," tuturnya yang dalam masa sama turut berharap peminat terus menyokong kariernya walaupun sedang berdepan k£s mahkamah sekarang.

"Setakat ini, Alhamdulillah. Ada atau tiada (k£s) itu kerja saya. Jadi, saya buat seperti biasa dan harap semua orang dapat sama-sama bersabar untuk kemas kini yang seterusnya, insya-Allah," ujarnya.

Terdahulu, pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersal@h atas pertuduhan am@ng s£ksual terhadap seorang remaja berusia 17 tahun.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan am@ng s£ksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 bagi tujuan s£ksual pada 19 Mei lalu pada jam kira-kira 8.56 malam di Ukiyo Hotel di Petaling Jaya, Selangor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: