18 August 2025

INSPIRASI KISAH HIDUP SENDIRI - EDA EZRIN MAHU HASILKAN LAGU BARU : "HARAP PEMINAT MASIH DAPAT TERIMA SAYA... SAYA BERSYUKUR SAYA TIDAK DIB0IKOT..."



"Saya sedang dalam proses menulis lirik sendiri. Berkisahkan sesuatu yang sangat dekat di hati saya dan diilhamkan daripada perjalanan hidup saya sendiri."

Itulah kata penyanyi dikir barat, Eda Edrin yamg memberitahu, dia kini sedang dalam proses menghasilkan lagu berinspirasikan pengalaman hidupnya selepas dibebaskan daripada penj@ra di Narathiwat, Thailand.

Jelas Eda, lirik lagu yang dihasilkan itu dekat dihatinya, selain turut memaklumkan, meskipun ada komposer menawarkan lagu baru, dia masih belum membuat keputusan untuk terima atau menolak.

Ujar penyanyi berusia 30 tahun itu lagi, dia lebih selesa memberi tumpuan kepada suami dan anak-anak buat masa ini selepas 9 bulan ditah@n.

"Saya belum membuat sebarang keputusan bila-bila untuk kembali, buat masa ini, saya mahu meluangkan lebih masa bersama suami, anak-anak dan keluarga.

"Saya benar-benar berharap peminat masih dapat menerima jika saya kembali ke industri ini suatu hari nanti," tuturnya yang popular menerusi lagu 'Bae Soba Bae' itu.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Eda meluahkan rasa syukur dirinya tidak dib0ikot susulan kontr0versi terpalit dirinya apabila banyak menerima jemputan untuk membuat persembahan, namun buat masa ini dia mahu memberi fokus pada keluarga dan anak-anak.

"Alhamdulillah, saya terima banyak permintaan untuk membuat persembahan, namun saya meminta masa untuk bersama anak-anak dan keluarga dahulu.

"Saya mahu menebus masa yang hilang dan membeli jiwa anak-anak selepas sekian lama ditinggalkan. Saya bersyukur saya tidak dib0ikot apabila masih ramai yang mahukan saya membuat persembahan," jelasnya.

Disamping itu, Eda memberitahu, kehidupannya kini semakin baik serta meluangkan masa bersama anak-anak selepas hampir tiga minggu pulang ke pangkuan keluarga.

"Sejak beberapa hari lalu saya ada keluar di pusat membeli belah bersama anak-anak dan penerimaan orang ramai juga baik-baik sahaja," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: