28 May 2014

INFO - 'AKHDAN' MUNCUL DENGAN SINGLE TERBAHARU



Setelah muncul dengan album sulung pada 2012 bersama Hijjaz Record, kemudian mengetengahkan single pada 2013 berjudul 'Kembalikan Damai Itu', terkini kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Akhdan' muncul kembali dengan single terbaharu (2014), 'Kerna Cinta'.

'Akhdan' merupakan kumpulan nasyid yang terdiri daripada empat orang pelajar sekolah yang berbakat dalam bidang seni suara. Mereka yang menampilkan lagu-lagu berkonsepkan keTuhanan dan kemanusiaan mula menubuhkan kumpulan mereka pada 2010.





"Kami juga seperti pelajar-pelajar lain, kami ke sekolah seperti biasa. Kami berlatih nasyid di hujung minggu. Jika ada persembahan pada waktu persekolahan, kami akan berlatih di sebelah malam.

"Pengalaman manis kami adalah kami tidak menyangka dapat merakamkan album pada usia yang mentah ini dan kami diberikan kepercayaan untuk membuat persembahan di Majlis Tilawah peringkat Antarabangsa pada tahun 2011 dan 2012," ujar salah seorang ahli kumpulan tersebut.



Untuk info, penubuhan 'Akhdan' adalah hasil cetusan idea daripada pihak pengurusan Akhdan ketika ini, iaitu Wan Mohd Zakaria Wan Mohd Zen, Mohd Yazid Mohd Ali dan Zakaria b Mahadi. Bakat mereka mula dicungkil sejak berusia tahun 2 lagi.

Klik gambar untuk size besar






         ________________________


No comments: