07 December 2013

INFO SANA SINI - 'BANGKIT' CUBAAN BERANI THE JESPERS



THE JESPERS mungkin sebuah nama baru di dalam industri muzik tanah air. Terbaru, mereka tampil dengan single pertama mereka yang berjudul 'Bangkit'.

Artikel terdahulu:

Band yang berkonsepkan irama punk rock ini dipengaruhi oleh band-band popular antarabangsa seperti Green Day, My Chemical Romance, Blink-182, Sum 41 dan ramai lagi.




Mereka yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai THE JESPERS ini dianggotai oleh tiga pemuzik berbakat iaitu Nash (selaku vokalis utama dan gitaris), Muiz (pemain bass) dan Peakay (pemain drum) telah pun ditubuhkan seawal tahun 2009.

THE JESPERS juga melancarkan EP pertama mereka yang berjudul 'First Day of The Class' mengandungi 5 buah lagu pada tahun 2011. Mereka berpengalaman beraksi di pentas indie dan sehingga kini terus bergiat aktif menghasilkan karya-karya yang berkualiti.

Klik gambar untuk imej besar...


Single seperti 'She’s a no body', 'Masa Depan' dan 'Go Away' kekal di kedudukan pertama pada tahun 2012 di carta band indie, stesyen radio XFM selama beberapa bulan.

Bagi tahun 2013, THE JESPERS memilih lagu yang berjudul 'Bangkit' sebagai single pertama mereka untuk di ketengahkan ke arena utama industri muzik tanah air. 'Bangkit' mendapat sentuhan Nash sendiri selaku pencipta dan penulis lagu tersebut.

Lagu tersebut berkisarkan tentang keadaan sukar di dalam kehidupan seseorang individu, bangkit dari putus asa dan meneruskan kehidupan serta membuktikan kepada umum bahawa diri mereka adalah yang terbaik. Lagu yang berkonsepkan irama punk rock ini amat terbuka didengarkan kepada semua golongan dan pasti menjadi pilihan peminat-peminat muzik di tanah air.

“Kami yakin lagu Bangkit mampu menarik minat peminat muzik tanah air khasnya kepada peminat muzik bergenre punk rock dengan intipati lagu tersebut serta iramanya yang tersendiri.

"THE JESPERS mempunyai pelbagai perancangan di masa depan dan berharap mendapat sokongan sepenuhnya dari semua yang terlibat di dalam industri muzik tanah air. Lagu ini juga merupakan hadiah dan penghargaan dari kami buat peminat yang sentiasa bersama kami,” ujar Nash.

Untuk makluman, THE JESPERS juga di dalam perancangan untuk menghasilkan muzik video pertama mereka yang dijadualkan bakal membuat penggambaran tidak lama lagi. Proses suntingan pula telah dilkukan dan ia sedia untuk dilancarkan di YouTube pada Januari 2014.

Kumpulan itu kini sedang membuat rangka promosi dan bekerjasama dengan Stereoactive (sebuah syarikat muzik tempatan yang menyelenggara pengurusan dan aktiviti promosi artis).

No comments: