07 December 2013

NIKAH 20 DISEMBER - DEBARAN ARIL AF7 & PUTERI EDLINDA



Waahhh... nampaknya bulan disember ni adalah musim artis kita berkahwin. Seolah ada persaingan sengit antara mereka. Janda kahwin teruna, janda kahwin duda dan bujang kahwin bujang. Heh.

Artikel terdahulu:

Ini kerana, kita baru sahaja dikejutkan dengan berita Wan Maimunah yang bakal menamatkan zaman jandanya pada 13 Disember ini dengan ahli perniagaan berjaya... tup tup pada 20 Disember, Aril AF turut mahu menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya iaitu Puteri Erma Edlinda.




Untuk info, Erma kini bekerja sebagai pramugari di Saudi Arabian Airlines. Mereka dijangka akan mengadakan majlis akad nikah di kediaman pihak perempuan yang terletak di Wakaf Che Yeh, Kelantan.

Majlis akad nikah mereka akan dibuat secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat mereka sahaja. Difahamkan, langkah tersebut diambil berikutan menghormati permintaan daripada ahli keluarga.



Tahniah diucapkan. Moga apa yang dirancang bakal berjalan lancar hendaknya.


No comments: