07 December 2013

BERHIJAB - LEINA HANGAT SENGAJA TAK PADAM GAMBAR 'HANGAT'



Sudah berhijab tetapi gambar-gambar seksinya masih menjadi santapan ramai di Facebook miliknya!

Artikel terdahulu:

Apakah tindakan Leina Hangat, 40, itu wajar atau dia sememangnya tidak faham bagaimana untuk memadamkan gambar-gambar tersebut? Setelah berteka-teki, akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila penyanyi itu mendakwa sengaja tidak memadam gambar zaman jahiliahnya.




Kata Leina, tujuannya tidak memadam gambar-gambar seksi di laman sosial miliknya itu kerana ingin memberi pengajaran berguna kepada orang ramai.

"Saya bukan ingin bermegah-megah dengan kehidupan lampau tetapi mahu masyarakat membuat perbandingan mengenai imej lama (zaman jahiliah) dah baharu saya (bertudung) untuk dijadikan panduan agar mereka tidak mengikut jejak saya," ujarnya kepada media.

Mengenai imej barunya itu, katanya dia berubah sejak Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk menjalankan tanggungjawab kepada agama.

"Saya masih individu yang serupa dan pada masa sama sedang dalam proses untuk memperbaiki diri ke jalan yang diredai Allah.

"Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang.

"Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu," jelas Leina.

Tambahnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan. Namun begitu, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang nyanyian kerana ia telah sebati dengan kehidupannya.

"Sehingga kini saya masih lagi menerima undangan untuk mengadakan persembahan namun saya lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab. Saya masih menyanyikan lagu dangdut seperti biasa cuma saya tidak lagi menari di atas pentas seperti dahulu," ujarnya.

No comments: