16 September 2013

4 GAMBAR - LEINA 'HANGAT' KINI INSAF


Tahniah diucapkan buat Leina Hangat atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, yang kini mula bertudung untuk berubah menjadi lebih baik berbanding zaman seksinya dahulu.

"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap tentang gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.




"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," ujarnya dipetik sebagai berkata apabila mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan.

"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.

"Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," tambahnya.







No comments: