15 September 2013

AF 2013 - SANI JADI 'MANGSA' PERTAMA


Konsert Akademi Fantasia (AF 2013) terbitan Astro yang memulakan tirai perebutan antara 12 peserta semalam menyaksikan Kamsani Jumahat atau Sani tersingkir. Beliau adalah peserta dari Singapura yang awalnya menjadi pilihan kerana suaranya yang nyaring.

Bagaimanapun, duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) mengungguli persembahan pada malam itu yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya yang dihoskan oleh Zizan Razak.

Pengkritik tetap pada malam itu terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU.

Tenaga pengajar utama pula ialah Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir.




Untuk info, kini hanya sebelas peserta yang bakal bersaing minggu hadapan iaitu Nur Nabila Razali (Nabila), 21, Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dan Nadia Amira Othman, 20, Chin Teik Meng (Darren), 21, Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dan Mohd Faizul Sani, 28 dan peserta duo perempuan iaitu Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa).
 

No comments: