07 December 2013

KEMATIAN PAUL - FAST AND FURIOUS 7 DIBATALKAN?



Berita sedih untuk para pendownload filem secara online, filem Fast and Furious 7 mungkin akan dibatalkan penerbitannya oleh Universal Studios kerana kematian bintang utamanya, Paul Walker baru-baru ini.

Artikel terdahulu:

Menurut laporan, penerbit dan pengarahnya, James Wan merasakan agak sukar bagi menyambung baki penggambaran filem perlumbaan haram itu tanpa Walker. Malah menurut laporan Fox News, ada beberapa babak penting melibatkan pelakon itu masih belum dirakamkan.




"Selepas berita kematian Paul, pihak produksi memutuskan untuk berehat seketika bagi menghormati mendiang namun kini pihak penerbit berpendapat keseluruhan produksi itu patut dihentikan," kata pihak yang rapat dengan penerbitan filem tersebut.

Untuk info, Fast and Furious 7 sebelum ini telah memulakan penggambaran pada September lalu dan ia dihentikan kerana memberi cuti sambutan Hari Kesyukuran. Bagaimanapun, kemalangan Paul di Selatan California minggu lalu akibat kemalangan seolah memberi tamparan hebat pada mereka.

"Perancangan untuk memulakan semula penggambaran filem tersebut bakal memberikan masalah besar kepada produksi," ujar sumber lain.

Kesimpulannya, penerbit filem Hollywood bukan seperti penerbit filem terakhir Bruce Lee yang sanggup mencari seseorang yang mirip pelakon Kung Fu itu. Mereka lebih mementingkan kualiti berbanding keuntungan bagi menjaga maruah industri perfileman mereka.

Agaknya lah... heh.

No comments: