10 January 2014

INFO SANA SINI - SOFAZR KEMBALI DENGAN '1 DEKAD'



Bermula pada tahun 2003 sehingga 2013 maka genaplah 10 tahun SOFAZR memperjuangkan muzik mereka dalam industri muzik tanahair. Mampu bertahan selama sedekad bukanlah satu kerja mudah apatah lagi dengan industri muzik sering ada pasang surutnya.

Keadaan ini menyebabkan ramai band-band yang seangkatan mereka telah berpecah belah. Bagi meraikan 10 tahun bersama maka, SOFAZR kembali muncul dengan album terbaru mereka yang berjudul `1 DEKAD’. Ia merupakan album ke 7, SOFAZR yang kini berada di bawah label KRU Music Sdn Bhd.





"Semenjak kami bertapak di dalam industri ini, kami sudah memiliki 6 buah album tetapi untuk album `1 DEKAD’, kami memilih untuk berkerjasama dengan KRU Music berdasarkan kejayaan single pertama 'Pencinta Terbaik' yang menjadi runut bunyi untuk filem `Cinta Kura Kura’. Selain itu, dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami juga maka lahirlah album ke-7 ini," ujar Zimi selaku pemain gitar kedua mewakili ahli kumpulan SOFAZR.

Untuk info, '1 DEKAD' memuatkan enam buah lagu diantaranya 'Hanya Diriku','Tak Berhujung Pagi', 'Mendung', 'Tak Bisa Tanpamu','Pencinta Terbaik' dan terdapat sebuah lagu popular kumpulan KRU iaitu lagu 'Ooh! La! La!' yang di rakamkan semula bersama susunan muzik dan nafas baru. Taruhan single terbaru menerusi 'Hanya Diriku' dengan alunan suara `emas’ Aremeer pasti akan menjadi siulan peminat SOFAZR.



Dianggotai oleh enam orang anak muda yang terdiri daripada, Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah (gitar utama), One (pemain drum), Fairuz (pemain bass), dan Rodie (keyboard) mengakui berasa sangat bertuah kerana bernaung di bawah label KRU Music.

"Pelbagai ranjau pahit dan manis telah kami tempuhi semasa mula-mula hendak bertapak di dalam industri, jatuh dan bangun, alhamdulillah kami masih bertahan. Kini, di hari ini, sudah sepuluh tahun kami bertapak di dalam industri dan bila di tanya kenapa kami memilih judul '1 DEKAD' untuk album kami kali ini, inilah jawapannya," tambah Zimi.

Untuk info, SOFAZR bukan hanya diminati di Malaysia, malah mereka juga cukup diminati di Indonesia dan beberapa negara jiran yang lain. Mereka pernah tercalon dan memenangi kategori Duo Berkumpulan di Anugerah Planet Muzik dan Anugerah Bintang Popular pada tahun 2007.


Info ini disediakan oleh KRU Music


No comments: