10 January 2014

GOSIP SEJAK 2012 - LIZA ABDULLAH AKHIRNYA MINTA CERAI



Kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang. Begitulah gosip rumah tangga Norliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Liza Abdullah, 52, yang sudah hangat kedengaran sejak 2012.

Namun ketika itu, Liza menepis khabar angin tersebut yang kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga dengan alasan enggan berkongsi kisah peribadi dengan peminat.





Bagaimanapun kelmarin, Liza akhirnya memfailkan perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, Kuala Lumpur.

Dia kelihatan hadir bersama peguamnya bagi tujuan bercerai dan memfailkan permohonan di kaunter mahkamah.

Klik gambar untuk imej besar...


Selain bercerai, Liza difahamkan turut mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan pada 5 Februari depan.

Liza dan Zolkifli telah mendirikan rumah tangga kira-kira 26 tahun, dan hasil perkahwinan tersebut mereka mempunyai empat anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Zaman kegemilangan Liza


Liza pernah popular melalui drama Vanilla Coklat dua tahun lalu dan dia merupakan bintang filem popular 80-an. Antara filem yang menaikkan namanya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.

No comments: