10 January 2014

GAYATRI MAHU PELUK ISLAM - ZUL ARIFFIN PULA BERTANGGUH..!!



Sudah sedia untuk menjadi seorang mualaf!

Demikian berita baik yang disampaikan oleh Gayatri Su-Lin Pillai, 38, kepada Zul Ariffin, 28, dalam persediaan untuk bersatu sebagai suami isteri. Namun entah kenapa, Zul masih belum memberi kata putus apakah dia sudah bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Zul & Gayatri - klik untuk imej besar




"Gayatri sedang menanti lampu hijau daripada saya bilakah tarikh sesuai perkahwinan kami akan dilangsungkan," ujarnya dipetik sebagai berkata di GSC The Gardens, Kuala Lumpur semalam.

Tambah Zul, Gayatri juga meminta dia memaklumkan kepada wanita itu lebih awal sekiranya dia sudah bersedia untuk mengambilnya sebagai isteri agar dia boleh buat persediaan awal untuk memeluk Islam.



"Walaupun saya teruja membincangkan soal kahwin tetapi ada kalanya perasaan itu hilang. Ia timbul bukan kerana saya tidak mencintai Gayatri tetapi saya masih risau keadaan kewangan yang belum kukuh.

"Jujur saya katakan, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan pada masa sama membimbing Gayatri menjadi seorang wanita Muslimah. Tidak ada masalah untuk itu.

Kenangan manis bersama Abby


"Cuma apa yang saya bimbangkan, kerjaya sebagai pelakon, ada masanya naik dan turun. Risau dengan kedudukan kewangan sendiri selepas berumah tangga kelak. Mujurlah Gayatri faham dengan situasi saya ini," jelasnya yang seolah masih mahu bertangguh.

Untuk makluman semua, Zul telah bercinta dengan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw, sejak Jun 2012. Sebelum ini dia putus cinta dengan Abby Abadi dan didakwa mempergunakan Abby untuk meraih populariti. Namun ia disangkal oleh Zul.

No comments: