Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani, seni mempertemukan cinta mereka sebagai kekasih. Perkenalan circa 2011, telah memulakan bibit cinta antara mereka dan seterusnya termeterailah perjanjian kekasih abadi sebagai pasangan suami isteri yang sah pada 23hb Februari 2012.
Artikel terdahulu:
Berdua bersatu mereka menjadikan bidang seni sebagai punca pendapatan dimana Lisa merupakan pelakon, model dan pengacara terkenal dan berbakat besar di Malaysia manakala Yusry seorang komposer, penyanyi, pelakon, produser dan pengarah yang berkaliber bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat antarabangsa menerusi filem `Hikayat Merong Mahawangsa’ dan `Vikingdom’.

Sisi romantis pasangan Yusry dan Lisa ini diluahkan dalam seni jua dimana mereka telah mengabadikan kisah cinta yang berjanji untuk sehidup semati di dalam lagu duet julungkali mereka iatu `Kekasih Abadi’. Yusry sememangnya bermula sebagai penyanyi bersama 3 bersaudara KRU manakala bakat nyanyian Lisa belum pernah diketengahkan sehinggalah terlahirnya `Kekasih Abadi’. Mempertaruhkan julung-julung kali vokal Lisa bersama Yusry lagu `Kekasih Abadi’ ini diharap dapat diterima ramai.
`Kekasih Abadi’ ciptaan komposer Edry Abdul Halim untuk pasangan romantis ini dimana Edry telah menterjemahkan rasa syukur mereka dipertemukan yang ianya bukan sekadar impian tetapi realiti. Ikrar cinta sejati mereka diabadikan menerusi lagu ini.

`Kekasih Abadi’ juga digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog `Paspot Cinta Yusry Lisa’, siri sebanyak 13 episod yang bakal menemui peminat di kaca TV bermula Mac 2014 di RTM 2. Program yang diinspirasikan dengan konsep percutian bulan madu Yusry dan Lisa menampilkan mereka pasangan suami isteri yang mengembara ke seluruh negeri di Malaysia. Apa yang cukup menarik, penonton akan berpeluang melihat perbezaan karakter Yusry dan Lisa dalam merancang percutian-percutian bajet mereka.
Pada 8hb Januari 2014, lagu `Kekasih Abadi’ akan dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian ’You Tube’ KRU Music. Lagu ini juga sudah berada di pasaran melalui i-Tunes sementara nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan mula dipasarkan minggu hadapan.

10 Perkara Menarik Tentang Yusry & Lisa dan Lagu ’Kekasih Abadi’
LIRIK 'KEKASIH ABADI'
Artis : Yusry & Lisa
Lagu & Lirik : Edry Abdul Halim
Publisher : DD Music Sdn Bhd
Hakmilik Rakaman : KRU Music Sdn Bhd
Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku…oh
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba menjadi nyata…oh
Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
Untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih abadi
Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambillah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana hidup tanpamu... oh
Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Di sana kasih kita bersemadi
Info ini disediakan oleh KRU Music
No comments:
Post a Comment