23 October 2014

FAR EAST LANCAR ALBUM BARU 'AKU ZIKIRKAN NAMA-MU'



Satu majlis pelancaran album baru Far East yang berjudul 'Aku Zikirkan Nama-Mu' telah berlangsung pada 21 Oktober 2014 (Selasa) di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur.

Far East sebuah kumpulan nasyid yang sudah bertapak di dalam persada muzik tanahair sejak dari tahun 2001. Pembabitan mereka dalam industri muzik tanahair lebih dari sepuluh tahun ini, telah membolehkan anak-anak muda ini menimba pengalaman dengan mengadakan persembahan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Singapura, Thailand, Indonesia, India dan negara-negara lain.

Klik gambar untuk size besar




Sudah menghasilkan sebanyak lima buah album, kini mereka melahirkan album keenam, ‘Aku Zikirkan Nama-Mu’ yang menjengah pasaran pada pertengahan Oktober 2014. Konsep album kali ini adalah alunan zikir, doa, qasidah dan nasyid. Album zikir yang memuatkan 17 track kesemuanya dialunkan dalam irama tarannum, melayu asli, dan india.

Dengan alunan yang cukup menenangkan serta melodi yang bersifat ‘catchy’, membolehkan album ini diminati seisi keluarga. Mereka mempertaruhkan irama zikir ini kerana ia amat sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini ialah seperti Ya Tawwab, Syahadah, Asma Allah dan Ya Latif. Album istimewa ini diterbitkan oleh Inteam Records Sdn Bhd dan diedarkan bersama oleh Sony Music Malaysia.














         ________________________




No comments: