25 July 2014

'HITAM' DUALITI FEAT AMEERAIS



Sikap keterbukaan dan penerimaan peminat muzik tanahair serta keberanian anak-anak muda yang berbakat dan memperkenalkan karya mereka selain daripada genre pop telah menvariasikan muzik industri negara. Muzik adalah universal dan genre rap & hip hop sebenarnya telah lama bertapak di negara kita pada tahun 1990an, bermula dengan kumpulan KRU, NICO dan 4U2C diikuti dengan Poetic Ammo, Too Phat dan lain-lain. Kini industri diserikan lagi dengan kumpulan seperti Sleeq, Waris, Altimet dan ramai lagi.

KRU Music telah didatangi oleh 2 orang anak muda rappers yang berbakat besar untuk mencari peluang untuk mengembangkan bakat mereka. Bersama mereka telah membentuk kumpulan yang dikenali sebagai DUALITI. DUALITI terdiri daripada Jazman dan Saphuan dengan berbekalkan bakat, pengalaman dan kesungguhan mereka pihak KRU Music bertindak menerbitkan sebuah single yang berjudul 'Hitam'.





Apa yang menariknya single 'Hitam' turut mengundang Ameer daripada kumpulan Forteen untuk bersama menjayakan projek istimewa ini. Bersama DUALITI, Ameer dikenali dengan nama Ameerais. Keterbuktian Ameerais mampu melakukan solo dengan baik ditunjukkan semasa konsert 20FORTEEN pada 26hb April 2014 yang lalu. Semangat dan keyakinan Ameerais mampu untuk bersama dalam projek khas bersama DUALITI. Kumpulan Forteen sendiri berdiri teguh menyokong kerjaya Ameerais bersama DUALITI.

Jazman atau nama sebenarnya Jazman Muhamad Din Jamaluddin merupakan peminat setia KRU dan boleh dikatakan membesar dengan lagu-lagu KRU. Jazman memiliki minat yang mendalam dalam bidang falsafah dan sains di mana selain KRU, Jazman banyak dipengaruhi oleh muzik Tupac Amaru Shakur (2Pac). Dengan itu, Dia sentiasa memainkan lagu Tupac seperti 'Keep Your Head Up' dan ”Dear Mama” untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat setempat di mana lagu-lagu yang menekankan motivasi dan penghargaan kepada Ibubapa. Jazman pernah memenangi atau menjuarai dalam Urban Rap Battle (Kategori Kumpul) dengan kumpulannya XYPHAZ (2002) dan showcase seluruh KL dan Johor Bharu.

Saphuan ataupun Saphuan Awang merupakan seorang rapper yang tidak asing sebab bersama produser tempatan 211 mereka telah berberapa lagu antaranya 'Light It Up', 'Mungkin' dan 'One Mic'. Saphuan juga sering mengadakan persembahan di sekitar KL antaranya di Raising The Bar, Urbanscapes dan The MoveMint. Pengalaman ini membolehkan dia mempunyai reputasi yang menarik pengikut hip hop dan beliau juga melakukkan kolabrasi dengan DJ Fuzz’s dalam projek Cypher.

Single 'Hitam' adalah penceritaan mengenai sebuah kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan dalam mengharungi pancaroba. Namun begitu semangat tetap tegar untiuk berjaya. Secara tidak langsung ianya menjanjikan walaupun keadaan hitam tapi masih ada harapan untuk kembali cerah.

Pada 22hb Jun 2014, lagu 'Hitam' telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian 'You Tube' KRU Music. Lagu ini juga telah dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

Artikel disediakan oleh: KRU


         ________________________


No comments: